Hari kedua persekolahan, lalu lintas di kawasan persekolahan masih agak sibuk.
Anak-anak yang baru mengenal sekolah sudah tentu banyak ragamnya seperti mana kita dahulu juga. Dulu ayah bawa dua, sekarang ayah bawa tiga orang. Riuhnya bertambah dan banyak ceritanya. Waktu balik pun sudah tidak sama. Masuk tahun baharu, banyak perkara baharu. Yang pastinya tahun baharu tidak datang dengan perangai atau sikap yang baharu. Sikap atau perangai baharu itu perlu diamalkan secara berterusan. Untuk melakukan sesuatu secara berterusan walaupun selama 5 minit dalam masa satu hari, memerlukan semangat yang tinggi walau sesibuk mana pun.
Walaupun kita sibuk, masa tetap meninggalkan kita dan kita tetap perlukan melakukan sesuatu secara konsisten jika ingin melihat hasil yang lebih baik.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....