Musim panas. Hujan pun jarang-jarang. Hutan di kiri dan di kanan jalan Kuantan-Pekan terbakar setiap tahun.
Semalam dan hari ini nampaknya agak teruk di kawasan Indera Sempurna. Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan api. Memandu pun perlu berhati-hati kerana asap agak tebal. Polis trafik turut berada di situ. Pernah sekali ayah mengharung asap menaiki motor, cukup mencemaskan.
Marilah sama-samalah kita menadah tangan berdoa. Semoga Allah s.w.t menurunkan hujan untuk membantu kita, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....