Semalam Isnin, umi sudah cabut pendakap gigi.
Semalam juga hari pertama persekolahan selepas Cuti Tahun Baharu Cina. Bermulanya persekolahan, tentu banyak perkara yang mahu dilakukan. Zaman persekolahan merupakan zaman yang semua orang tidak akan lupakan. Dengan adanya media sosial, banyak kenangan zaman sekolah dikenang kembali. Ada yang perangainya masih sama, ada yang seratus peratus berubah dan ada yang sudah pergi jauh daripada kita.
Semalam pergi, hari ini datang dan hari ini akan menjadi semalam. Kita seharusnya bimbang jika tidak bertambah amalan kerana masa kita semakin kurang.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....