Perkataan 'televisyen' terjadi daripada cantuman perkataan 'tele' ( jauh),iaitu bahasa Greek dan'visio' (penglihatan), iaitu bahasa Latin.
Abang dan adik suka tengok Go Shop. Kadang-kadang mereka menonton Wow Shop. Jika ke rumah opah dan wan, selain menonton kartun, mereka asyik melihat rancangan itu. Atuk mati kutu kerana tidak boleh tengok rancangan kesukaan mereka.
Apabila nampak emak, abang mula bercerita tentang produk yang dijual Go Shop atau Wow Shop. Sangat mudah katanya untuk membuat kerja rumah atau sebagainya kalau membeli produk tersebut.
Sebab itu banyak perkara yang perlu didedahkan kepada anak-anak ketika mereka masih rebung kerana mereka suka meneroka dan mudah menerima perkara baru.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....