Waktu dekat kampung, atuk buat sarang burung guna sabut kelapa dan digayut, yang datang bersarang burung ciak rumah.
Seronoklah kami melihat ciak rumah keluar masuk ke dalam sarang sabut kelapa. Mula-mula ayah tengok burung perling yang berwarna gelap dan matanya merah di Hospital Mentakab. Awal-awal dulu banyak juga burung perling bersarang di celah-celah bumbung, sekarang pindah entah ke mana. Burung ciak rumah masih ada dan selalu bermain di kawasan pokok delima. Burung pipit pula bersarang di atas pokok hiasan yang daunnya tajam.
Alam dan manusia berkawan rapat. Waktu naik darjah 4 dulu-dulu, ada mata pelajaran Alam dan Manusia. Jacques Deval menyatakan bahawa Tuhan menyayangi burung dan Dia mencipta pokok. Manusia menyayangi burung dan mereka mencipta sangkar (Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi).
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....