Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Itu sebahagian petikan lirik lagu Duit nyanyian kumpulan Kembara. Ada kata-kata yang menyatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan. Untuk dapatkan duit perlukan usaha.
Ayah memerhati anak-anak kita sekarang, duit syiling sepuluh sen yang jatuh dibiarkan sahaja dan tidak dikutip. Sepuluh sen sudah menjadi seperti satu sen dan mungkin tidak bernilai bagi sesetengah orang. Perlu diingat, jika tambang satu ringgit dan kita ada 90 sen, buat muka sepuluh sen tidak akan menjadikan duit kita seringgit.
Jika bukan duit kita, walaupun sepuluh sen, kutiplah dan masukkan ke tabung surau atau sebagainya, mudah-mudahan pemiliknya mendapat pahala, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....