Tiap-tiap kali makan malam, angah tidak makan. Bukan sebab dia tidak lapar, sebabnya dia keletihan bermain dan tertidur.
Malam pertama di Langkawi, dia tidur di kedai makan Padang Lalang. Hari kedua, belum pun maghrib, dia melelapkan mata di restoran nelayan di jalan Bukit Malut.
Malam ini di Nara, dia sudah memejamkan mata lebih awal dan ayah mendukungnya serta membaringkannya di atas kerusi. Mujur petang tadi dia sudah makan ayam goreng sewaktu kami berhenti makan durian di Meru.
Mencari kedai makan yang dibuka walaupun sudah Aidiladha keempat agak mencabar kerana masing-masing balik kampung. Begitu juga di Langkawi tempoh hari.
Kami masih menunggu makanan dan kopi ais ayah sudah sampai.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....