Pagi tadi, orientasi angah. Dia demam sejak semalam. Cikgu bawa satu kelas pusing sekolah, tunjuk tempat seperti tandas.
Lepas Zuhur tadi, angah dan along ada Hari Kecemerlangan dan Konvokesyen Pasti dan Sriti di Padang Garuda. Cuaca boleh tahan panasnya. Umi beli jambangan coklat untuk angah dan along. Konvokesyen prasekolah sekarang pun macam-macam jambangan ada, jambangan pensel pun ada. Habis pun dalam pukul 5 lebih. Malam, ada Konsert Ekspresi Gema Jasa Winds di RTM Kuantan. Bersiap untuk pergi, tiba-tiba hidung angah berdarah. Banyak darah yang keluar. Umi ambil air batu, kalau di kampung, guna sirih.
Di klinik, sampai giliran dipanggil, doktor cuci hidung . Kemudian, sambik borak-borak tanya angah, doktor ambil darah, nak pastikan hemoglobin tak kurang daripada 10 sebab kalau kurang, kurang oksigen. Alhamdulillah, hb 12.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....