Tahun Baru Cina mengembalikan ingatan ayah.
Along sempat bersekolah prasekolah di SJKC dan suatu hari, dia kata, dia tengok tarian Naga. Ayah pula ada kawan berbangsa Cina apabila berada di tingkatan 1. Goh, Yap, Kok, Tan, New, Leong, itu nama keluarga mereka. Waktu di tingkatan dua, guru kelas ayah Cikgu Leonard Tan. Masa tingkatan empat, ayah duduk sebelah Woon. Masuk tingkatan 6 di sekolah lain, sebahagian kawan berbangsa Cina bersekolah di situ juga dan Cikgu Bahasa Melayu ayah, Cikgu Auh Ah Chan. Sekelas dengan ayah, Tee. Di universiti, kawan sebilik ayah, Leong Shean Loong, mengambil jurusan Sastera Melayu. Waktu ayah mula mengajar, sempat ke rumah rakan sekerja ayah waktu Tahun Baru Cina, Cikgu Angie.
Uniknya Malaysia dengan pelbagai kaum. Selamat Tahun Baru Cina.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....