Tempat ini anak-anak memang suka. Masuk sahaja kami disambut kakak. Kakak yang langsung tidak berbunyi. Kebiasaannya ada bunyi. Kakak tua ini hanya menyepikan diri.
Setelah membayar untuk mendapatkan makanan bagi haiwan di sini, bermulalah pengembaraan hari ini. Pengembaraan anak-anak untuk menemukan keberanian.
Atuk begitu seronok menyuap burung yang mirip kakak tua tetapi lebih kecil. Begitu juga nenek dan opah. Angah menghulur lobak kepada rusa India dan memberi rakun makan kacang. Aidiladha leka memberi makan anak itik yang agak banyak.
Di setiap kurungan ada ditampal gambar dan tulisan yang menunjukkan gambar makanan binatang- binatang tersebut. Abang melihat gambar dan membaca sebelum memberi makanan.
Abang berjaya menyuap epal ke mulut kancil. Emak begitu teruja kerana ikan yang digayut pada tali di hujung kayu akhirnya disambar buaya di udara. Ayah pula menggosok kepala ular sawa dan kulitnya terasa lembab. Akhirnya ayah sempat bergambar dengan empunya seburuk-buruk suara, yakni keldai. Berkunjunglah ke Langkawi Wildlife Park untuk kelainan.
Keberanian itu ada. Keberanian itu bergantung kepada kepercayaan, pengalaman dan ilmu yang kita ada. Ayuh, kita teruskan pengembaraan untuk menemukan keberanian.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....