Sudu

20 0 0
                                    

Kebiasaanya emak menyuap adik makan. Kali ini adik hendak suap sendiri. Emak biar sahaja adik menggunakan sudu.
    Adik sudah pandai menggunakan sudu rupa-rupanya walaupun ada nasi yang disuap tidak masuk ke dalam mulutnya kerana sudu itu besar.
    Dalam peribahasa Melayu, terdapat peribahasa yang menggunakan perkataan 'sudu'. Antaranya, bubur kurang sudu lebih yang bermaksud  perkara kecil menjadi besar kerana dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.
    Kita sentiasa bercakap dan perlu memilih perkataan yang tepat untuk diungkapkan kerana kata-kata ada masanya setajam senjata.

Cerita AyahWhere stories live. Discover now