21 Mac Hari Puisi Dunia. Ayah baru setelah melihat akaun 'Twitter' Sastera Malaysia.
Ada puisi tradisional, ada puisi moden. Puisi tradisional seperti pantun agak unik. Pantun bukan sahaja ada rima akhir, sesetengah pantun ada juga rima tengah. 'Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga' salah satu pantunnya. Perhatikan suku kata 'dan' pada perkataan 'Pandan' dan 'badan'. Perhatikan juga suku kata 'ik' pada perkataan 'Daik' dan 'baik'.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ambil sedikit masa untuk bercinta dengan puisi yang penuh dengan nilai dan pengajaran.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....