Banyak perkara yang tidak disangka atau dijangka berlaku dalam hidup kita.
Ada masanya, kita makan, ada orang belanja. Ada masanya, kita pun tidak tahu siapa yang bayar harga makanan yang kita pesan. Ada ketikanya, kita sudah bagi signal sambil menunggu kereta keluar dari parkir, belum sempat kita gerakkan kereta, sudah ada yang lagi cepat daripada kita parkir di tempat tersebut. Mungkin ada tempat yang lagi dekat untuk kita parkir, Insya-Allah. Pada masa yang lain, kita gelakkan kawan kita kerana jatuh dan selepas itu, kita pula digelakkan kerana jatuh bagaikan nangka busuk.
Begitulah unik dan berharga hidup kita. Penuh dengan kejutan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita dan hidupan yang lain.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....