"Nak mandi kolam cepat, tak payah singgah kat mana-mana, dua jam setengah sampailah ke Kuala Terengganu," kata emak.
"Ayah tak payah berhenti, nanti cepat sampai boleh mandi kolam," kata abang kepada ayah.
Ya, abang begitu fokus kepada matlamatnya. Emak pula dapat 'membaca' matlamat angah. Anak-anak pantang nampak 'kedai hijau'. Asal nampak 'kedai hijau' perut yang kenyang menjadi lapar.
Jadi, hari itu, ayah tidak berhenti di mana-mana kedai dan hanya berhenti setelah tangki minyak memberikan isyarat lapar. Pada masa itu, minyak belum naik harga menjadi seringgit sembilan puluh lima sen.
'Kedai hijau' itu Petronas.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....