Ada sebahagian daripada kita banyak memperuntukkan masa untuk menggelakkan orang lain.
Menggelakkan orang lain tidaklah sama seperti menonton rancangan lawak yang sememangnya bertujuan untuk menghiburkan penonton atau membuat penonton ketawa. Ada sebahagian daripada kita suka benar menunggu orang lain buat silap dan menggelakkan mereka. Kesilapan itu lumrah dalam kehidupan. Kesilapan orang lain dan kesilapan kita sendiri sendiri sebenarnya seharusnya menjadi iktibar kepada kita.
Kesilapan seharusnya membuatkan kita lebih berhati-hati dan teliti dalam sesuatu perkara. Kesilapan yang lepas menjadikan kita lebih fokus terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan sekarang.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....