Bakar

28 0 0
                                    

Emak meminta ayah berhenti di mana-mana sahaja kedai makan di tepi jalan.     
       Ayah pula meminta emak membuka TripAdvisor atau apa-apa sahaja yang boleh membantu untuk mencari kedai makan dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Noor Arfa.
      Anak-anak pula ada yang mengantuk dan mula banyak ragam. Beberapa kedai makan telah dilalui. Ayah tidak rasa mahu berhenti dan masih menyuruh emak mencari kedai makan dalam internet.
      Akhirnya, emak dan ayah mencapai kata sepakat. Ayah memarkir kereta di tepi jalan setelah melihat keadaan sebuah kedai yang agak menarik dengan anyaman buluh di beberapa bahagian, ditambah pula dengan pelanggan yang agak banyak.
     Juadahnya ringkas sahaja tetapi menarik selera. Satu hidangan berharga enam ringgit. Ada nasi putih, kuah singgang, ikan selayang bakar dua ekor dan ulam-ulaman serta sambal seperti budu dan tempoyak yang perlu diambil sendiri.
    Emak begitu berselera menikmati nasi dengan sambal tempoyak dan abang yang gemar makan ayam telah meminta ayah memesan lagi ikan selayang bakar untuk diratah.
     Mai singgah  makan di kedai Singgang Budu - Citarasa Anok Tranung  di Jalan Abdul Rahman Limbong, Kampung Gong Tok Nasek.
    

Cerita AyahWhere stories live. Discover now