Menyelongkar tong sampah bukan kerja monyet atau anjing sahaja, kambing pun pandai.
Pandai di sini bermaksud binatang-binatang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk dapatkan sisa makanan manusia disebabkan desakan kelaparan dan kekurangan makanan. Along kata kambing yang berkeliaran itu kambing liar. Ayah terangkan itu bukan kambing liar tetapi kambing terbiar. Monyet itu binatang liar yang tempat tinggalnya atau tempat sumber makanannya kita ambil dan dibangunkan tempat tinggal kita.
Binatang liar atau binatang terbiar, ternyata hal ini berkait dengan tindakan kita yang bernama manusia. Sebahagian binatang mungkin lebih selamat di dalam kurungan pada hari ini dan sebahagian manusia tindakannya lebih teruk daripada binatang dan mungkin perlu dikurung supaya yang lain lebih selamat.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....