Dua hari lepas hari lahir Achik. Kami, Pok De, Mok De dan Aqil menjejakkan kaki ke Grand Lexis di Port Dickson.
Tidak kiralah di mana-mana, tempat itu akan dikira 'lima bintang' dan menarik bagi anak-anak jika ada kolam mandi. Jika tidak ada kolam mandi, tidak ada 'bintang' untuk tempat itu. Kolam mandi di dalam bilik, siapa-siapa pun akan teruja. Kedalaman kolam 1.2 meter. Nampaknya Along begitu bersemangat sebab diajar umi berenang. Memang betullah belajar itu perlu dimulai sejak kecil, jika sudah besar, faham-faham sahajalah.
Belajar sesuatu yang baharu di tempat baharu sesuatu yang mengujakan. Kita perlu keluar dari zon selesa untuk meningkatkan semangat.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....