Balik kampung bersama dengan empat orang anak kecil yang demam tanpa seorang umi yang bekerja waktu cuti sekolah bukanlah satu percutian impian.
Singgah di klinik, doktor memeriksa setiap anak. Setelah doktor siap, doktor terangkan kepada ayah tentang dos yang perlu diambil kerana tidak sama. Doktor begitu prihatin setelah diberitahu ayah bahawa ayah berseorangan membawa keempat-empatnya. Staf klinik memberi anak-anak makan ubat dan semua nampaknya memberi kerjasama. "Senang betul makan ubat, makhluk dari planet mana?" kata doktor.
Ya, ayah berharap makhluk 'dari planet mana' ini juga senang makan ubat di rumah. Terima kasih Dr. Savinder dan staff, Puan Hartini atas layanan yang hebat. Silalah ke Klinik Ovin, Lrg Kempadang Aman 1, Perumahan Kempadang Aman, Sungai Soi, Kuantan.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....