Gigi baharu abang baru tumbuh. Tumbuh di hadapan bahagian bawah di belakang gigi susu.
Angah secara sukarela menawarkan dirinya untuk berjumpa dengan doktor. Maka, semalam, berangkatlah kami ke klinik gigi di UTC Kuantan.
Adik mengantuk. Dia menangis. Satu klinik dipenuhi tangisannya dan emak memujuk dengan mendukung adik ke tempat lain. Setelah nombor 89 dipanggil, ayah membawa masuk mereka berdua.
Angah dahulu menghadap doktor. "Tadi makan ayam ke? Ni ada ayam dalam lubang gigi," tanya doktor yang sebelum itu bertanya tentang sekolahnya. Ada empat lubang dan yang ditampal hanya satu gigi angah terlebih dahulu.
Selesai Angah, giliran abang pula. Gigi abang masih kuat dan belum longgar sepenuhnya. Jadi, terpaksa dicucuk terlebih dahulu. Sebelum itu, doktor juga berbual dengannya.
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik. Sewaktu singgah di Taman Teruntum, angah tidak mahu makan ayam kerana katanya doktor tidak membenarkan makan ayam dan mungkin dia faham lain sewaktu berbual dengan doktor.
Kedua-duanya berlari ke taman permainan dalam hujan renyai-renyai.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....