Angah mengantuk. Masa keluar dari mobil tadi pun, dia didukung ayah. Ayah beratur untuk bayar bil makanan sambil mendukung dia.
Seorang lelaki yang hampir menghabiskan sebatang rokoknya di depan ayah. Selesai sedutan terakhir, dia mencampakkan puntung ke atas lantai lalu memijaknya.
Tiba-tiba, muncul seorang wanita di depan ayah. Dia berada di tengah, di antara ayah dengan lelaki tadi. Mungkin dia tidak nampak ayah yang sedang mendukung adik di belakang lelaki tadi.
Mungkin juga ruang kosong di tengah di antara ayah dengan lelaki tadi satu pembaziran dan patut dipenuhkan. Mungkin juga ruang kosong itu seperti teka silang kata dan harus diisi dengan perkataan 'A' yang bermaksud adab.
Ayah masih berfikir segala kemungkinannya tatkala semua anak ayah telah tidur.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....