Kasut, selipar, sandal, selop, sepatu, dan capal semuanya adik suka. Ada masanya selipar Jepun ada di ruang tamu.
Kasutnya sendiri pun dibuat main. Emak menemukan sebelah lagi kasut adik di dalam laci permainan setelah ayah dan emak menyelongkar satu rumah mencari kasutnya itu.
Ada masanya, capal ayah kehujanan kerana adik memakainya dan meninggalkan di kawasan rumput karpet. Satu pagi, ayah mencari kasut kerja ayah dan mendapati kasut ayah berada di tepi kereta.
Setelah membuka pintu rumah, ayah sudah nampak kasut sukan emak yang berwarna merah jambu di depan pintu pagar luar. Apabila abang membuka pintu rak kasut, adik juga turut sama 'sibuk' mengeluarkan satu persatu kasut yang ada di dalamnya.
Yang membuatkan ayah berlari mendapatkannya apabila dia mula menggigit selipar.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....