Pagi ini juga Cenang tenang. Malamnya Cenang seperti seakan tidak mahu tidur. Paginya aktiviti lebih bertumpu di pantai.
Malam tadi masa dihabiskan di sini. Cenang begitu sibuk melayan tetamu di kaki lima mahupun di dalam perut kedai. Masing-masing menjamu mata, menjamu selera dan menjamu kehendak. Pelbagai bangsa dari benua yang ada berada di sini.
Sebut pasal benua, ada satu peribahasa yang berbunyi seperti burung gagak pulang ke benua. Maknanya orang pulang merantau jauh yang tidak bertambah pengetahuannya.
Sebelum kita ke mana-mana atau sebelum kita pergi 'bangsat', kita perlu ada misi atau matlamat yang jelas, barulah apabila pulang semula kita akan membawa pembaharuan atau perubahan yang lebih baik dan bertambah pengetahuan. Orang Kedah sebut 'bangsat' yang bermaksud merantau atau mengembara.
Ayah mengharapkan anak-anak ayah dapat sesuatu di tanah Mahsuri. Pagi ini mereka masih keletihan dan ayah masih memerhati ke arah luar tingkap. Cenang telah memulakan langkahnya kembali.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....