Gigit

42 0 0
                                    

Emak tengah buat kerja. Adik main atas meja. Abang tengah melukis gambar Batman. Bandar bernama Batman ada di Turki.
    Ayah suka Batman sebab dia manusia biasa yang menggunakan teknologi dalam mencegah jenayah. Dalam masa yang sama dia merantau dan mencari ilmu untuk mengatasi ketakutannya dengan belajar seni pertahanan diri.
     Apabila abang melukis, adik pun ambil pensel juga dan emak cakap adik pegang pensel macam pegang berus lukisan. Nampak sahaja pemadam, dia memasukkan ke dalam mulutnya dan menggigitnya. Ayah meminta berkali-kali tetapi dia terus menggigitnya.
       Emak pun bertanya, " Mana pusat?"
      Serta-merta dia meluahkan pemadam di dalam mulutnya untuk menunjukkan pusatnya. Emak berjaya mengalihkan perhatiannya dan itulah yang perlu ayah banyak belajar daripada emak.

Cerita AyahWhere stories live. Discover now