Cerita arnab dan kura-kura satu kisah yang baik untuk anak-anak.
Terima kasih kepada sang arnab kerana memainkan watak antagonis dengan begitu berkesan sehingga dikenang sampai hari dan terus diceritakan kepada anak-anak dari satu generasi ke satu generasi. Begitu juga dengan sang kura-kura. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor kura-kura di tengah jalan, perlahan merangkak. Setelah kami memintas sang kura-kura, along dan angah masih memerhati dan menguatkan suara, " Ayah, kura-kura tu berjalan laju!"Mungkin laju daripada biasa.
Selaju mana pun sang kura-kura, belum tentu dapat memintas sang arnab tetapi perjalanan tetap diteruskan kerana kura-kura tahu arah tujuannya.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....