Hampir pukul lima pagi, Alhamdulillah, Achik sudah pindah katil. Itu tandanya dia semakin baik.
Apabila berada di hospital, kita mengharapkan keadaan kita, ibu bapa , ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan kita semakin baik. Kita boleh melihat para doktor dan para jururawat bertungkus-lumus menjalankan tugas mereka. Begitu juga doktor pelatih dan jururawat pelatih yang bersungguh-sungguh menjalankan untuk mendapatkan pengalaman serta membiasakan diri sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan.
Sesungguhnya, dalam hidup ini, kita sering ditekankan tentang kepentingan menjadi semakin baik. Jangan lupa doakan orang kita sayang dan orang di sekeliling menjadi semakin baik, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....