Renung

14 0 0
                                    

Pagi ini hujan baru berhenti. Oren yang dah ayah angkat dan letak ke bawah, naik  lagi ke atas riba ayah.
        Hujan turun semula. Sempat sekejap ayah mencangkul setelah lama tidak mencangkul. Batang cangkul pun dah dimakan anai-anai. Walaupun kecil, keupayaan dan ketekunannya tidak dapat disangkal. Semalam ayah dan along masih menghalau kambing terbiar yang semakin rakus nampaknya mahu menyelongkar sampah-sampah yang dilonggokkan sementara menanti diambil lori sampah. Oren masih di tepi ayah, menjilat-jilat bulu membersihkan diri dan sesekali menggigit  manja (ayah tidak pasti istilah yang tepat untuk perbuatan itu) dirinya.
        Oren  datang dekat memanjat kerusi dan merenung ayah. Ayah membalas renungannya.  Peribahasa Inggeris menyatakan bahawa di mata seekor kucing, semua benda ialah milik mereka (Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi).

Cerita AyahWhere stories live. Discover now