Sejak balik tadi, abang ajak ayah main dam ular.
Ayah menyuruh along main dam ular dengan angah sementara ayah mengutip permainan dan buku yang bertabur di atas lantai. Dia mahu main dengan ayah juga dan tidak mahu main dengan angah.
Emak pula hari ini ke hospital untuk dipakaikan'holter' dan terpaksa memakainya selama 24 jam. Usai makan biskut cicah teh 'o', dilihatnya ayah duduk di sofa dan pada tangan ayah ada telefon pintar.
"Tadi ayah janji nak main dam ular," kata abang. Abang pun bermain dam ular dengan ayah. Baru sahaja memulakan permainan, adik datang.
Kecoh seketika.
Permainan terhenti di situ setelah buah dadu hilang entah ke mana-mana.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....