Ayah membiarkan sahaja sinar mentari pagi menjamah muka ayah.
Langit agak kelam, dilimpahi cahaya, terang dalam suram. Kenderaan bersusun, tidak seperti biasa, seperti ada sesuatu telah berlaku, selalunya begitu. Ada yang membuka tingkap, tangan sedikit terjuntai dan dihujung jari terjepit sebatang sigaret. Asap berkepul keluar perlahan dari hujung bibir, bulat-bulat macam donat dan sirna ditiup angin pagi. Ada yang sebentar-sebentar melihat telefon pintar, ada yang melayan kerenah anak sekolah, ada yang terjenguk-jenguk dirangsang rasa ingin tahu.
Burung-burung pagi bertebaran berterbangan di langit sepertinya juga manusia bertebaran di muka bumi Allah s.w.t., juga mencari rezeki. Rezeki menanti, sabar diuji.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....