Syak wasangka boleh datang kerana pengalaman diri dan orang lain atau melalui pembacaan.
Kadang-kadang, kita duduk seorang, ada yang datang dan kita mula curiga kerana sebelumnya pernah datang yang menjaja cerita sedih dan kemudian meminta wang kononnya dalam kesusahan. Di hari lain, terserempak orang yang sama menjaja cerita sama di tempat lain. Rupa-rupanya, kali ini yang datang, duduk di sebelah hanya untuk berehat dan melepaskan lelah pulang dari tempat kerja serta mahu berborak sebelum melangkah ke rumah. Kadang-kadang dari belakang, ada yang membunyikan hon seperti kita tidak perasan lampu sudah bertukar hijau dan rupa-rupanya, pintu kereta tidak rapat setelah melihat lampu merah gambar pintu menyala.
Banyak perkara mungkin menimbulkan syak wasangka dan berdoalah supaya urusan kita dipermudah Allah s.w.t serta dipertemukan dengan orang yang baik.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....