Suasana malam yang dingin ketika Dato Lydia menidurkan cucu kembarnya itu.
"Granny,kenapa papa dan mama tak nak jumpa kita?tanya Amani kepada neneknya."Bukan macam tu Amani,mereka tinggal jauh dari sini.tapi walau jauhmana mereka pergi kamu bertiga tetap dalam ingatan mereka"balas Dato lydia sambil mengusap kepala Amara yang berbaring hampir dengannya.
"Sudahlah,tidur,nanti kita sembang"sambung Dato Lydia.dia mengemaskan selimut yang menyelimuti cucunya itu.kemudian dia menutup lampu.
Huh,sabarlah sayang,apabila umur kamu sudah genap 22 tahun.granny akan cerita semuanya."getus Dato lydia.dia memandang ke arah cucunya yang sudah lena itu.
Imbasan 10 yang lalu
Dato Lydia sedang menjamu minum petang sambil menghayati suasana Istanbul..kemudian ,dia didatangi anaknya dan menantu kesayangannya serta anak mereka(kembar tiga)
"Mummy,saya lelah menjadi buruan"Mustapha mengeluh perlahan.
"Kenapa ni,apa yang berlaku..kenapa dia masih tidak puas hati dengan kamu sedangkan kamu sudah berikan harta kamu pada dia"keluh Dato Lydia.dia tidak sangka semua ini terjadi kepada anaknya.
"Mummy,saya terpaksa serahkan anak kami.kami tidak mahu anak kami dikejar oleh mereka lagi.nyawa mereka dalam bahaya.kami harap mummy faham."sampuk Rozlin.dia memandang Dato Lydia mengharapkan jawapan positif daripada ibu mertuanya.
"Tapi kemana kamu berdua ingin pergi?"tanya Dato lydia
"Kemana sahaja asalkan bukan di sini.kami perlukan tempat perlindungan mungkin Malaysia"Mustapha memberi jawapan.
Tamat imbasan
"Malaysia"desis Dato Lydia.hanya itu lokasi terakhir anaknya.dia harus menghantar ketiga-tiga cucunya ke sana apabila mereka besar nanti .mungkin mereka dapat merungkai kejadian di sebalik kehilangan ibu bapa mereka.
Dato lydia mula merancang strategi untuk menyatukan keluarganya.
Sila vote dan komen,
lovbiu,
Hafizah Syahirah
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
ActionStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...