Amni!!
Amsyar terus membuka bajunya lalu terjun ke dalam empangan itu.Amni merasa nyawanya seperti di hujung tanduk.dia tidak dapat menggerakkan tangannya.ikatan itu terlalu kuat.tenaga sudah habis.dia hanya mampu mengucap.selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku.
***
Amni membuka matanya perlahan.matanya meliar.dia sekarang berada di atas ambulans.jururawat yang berada di sisinya menyedari bahawa dia sudah sedar.terus berlari keluar daripada ambulans itu.
"Doktor,pesakit sudah sedar"jerit jururawat itu.seketika kemudian Amni melihat seseorang perempuan memakai kot putih berserta seorang lelaki.
"Sayang Amni awak dah sedar.awak tak apa-apa?ada sakit dekat mana-mana tak?tanya Amsyar cemas.Amni hanya menggeleng perlahan.
"Apa yang dah jadi?tanya Amni kepada Amsyar setelah doktor bersama jururawat itu berlalu meninggalkan merpati dua sejoli ini.
"Jangan fikir lagi semua tu.yang penting sekarang awak selamat.awak rehat dulu.Ambulans ni akan hantar awak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut"kata Amsyar.baru sahaja di ingin melangkah keluar dari Ambulans itu.namanya dipanggil Amni.
"Tolong teman saya"kata Amni.Amsyar mengangguk lalu masuk semula ke dalam ambulans itu.
Sebelum itu,,
Amsyar menarik Amni ke darat.Amni sudah tidak sedarkan diri.dia makin cemas apabila melihat mulut Amni sudah biru.
Manakala situasi di atas jambatan.Amani,Amara,Tengku Aryan dan Syahmi serta dibantu unit khas polis diraja Malaysia.mereka bertungkus lumus merebahkan pihak lawan.Amani memegang senapang lalu dihala kepada perempuan tua yang berusaha mengelak dari terkena tembakan.dan..
Dushh!Amani mengaduh apabila dia ditendang dari arah belakang senapangnya sudah jatuh entah ke mana.Amani bangun semula.
Lelaki yang menengangnya tadi cuba untuk menyepak kakinya.tapi malang tidak berbau Amani telah menendang alat sulit lelaki itu.lelaki itu terduduk.Amani senyum paksa.
Kini Amani dan Amara berhadapan dengan perempuan tua itu.perempuan tua itu kelihatan terkejut.dia sudah tersalah sangka.mereka rupanya kembar.dia sudah terketar-ketar.
"Jika puan berikan kerjasama.kerja kami akan lebih mudah"kata Amani.Perempuan itu teriak mnyuruh Amani dan yang lain diam.suasana sunyi seketika.mereka saling berpandangan.
Perempuan tua itu mengambil pistol dari tangan anak buahnya lalu dihala pada tubuh Amani.belum sempat mereka bertindak.perempuan tua itu sudahpon menembak tetapi tersasar pada bahu Amani.keadaan sudah menjadi semakin riuh.perempuan tua itu kemudian menhalakan muncung pistol itu ke kepalanya sendiri.kemudian
Bang!
Hanya tinggal jasad sahaja yang berbaring di situ.Amani sudah kehilangan banyak darah segera dibalut dengan kain putih untuk menghentikan darah yang mengalir.
Matinya ketua,tumpaslah gengnya.mereka semua diberkas dan dibawa ke balai polis untuk tujuan penyiasatan manakala jasad perempuan tua itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Mereka mengeluh lega.Amni yang belum sedarkan diri itu diangkat ke ambulans yang baru sahaja sampai untuk diberi rawatan kecemasan.
Sekarang,,
Amni dan Amani terbaring bersebelahan di wad yang sama.yang lain turut berada di situ.Amni masih lagi tidur manakala Amani melayan ahli keluarga.Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
AcciónStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...