Amani,Amara dan Amni berjalam beriringan di Pantai Batu Buruk.tidak ramai pengunjung disini.maklumlah waktu orang tengah bekerja.
mereka sengaja melepak disini.Amar pula tidak dapat ikut katanya ingin bertemu dengan Tengku Aryan."Hmm,dah lama tak lepak camni,"kata Amani.dia mendepakan tangannya menghirup udara segar.
"Betullah jugak"balas Amara.
"Tapikan,misi kita cari Mummy dan Daddy dah berjaya.sekarang kita nal buat apa pulak?"tanya Amni blur.dia memandang Amara dan Amani silih berganti.
"Kau tu cari kerja.harap aje ade Master tapi tak manfaatkannya"balas Amani.Amara mengangguk setuju.
"Alah yang tu nanti lepas kahwin aku tanye si pilot pencen tu."balas Amni.
"Kenapa nak kena tanye dia pulak?"tanya Amara.
"Yalah,kenalah mintak izin dulu"kata Amni gatal.Amani dan Amara ketawa lucu.
"Apalah!ingat ke hape!kali ni cik abang kau terbang kemana?"tanya Amani
"Terbang ke hatiku"balas Amni gatal.ketawa terbahak-bahak mereka bertiga.
"Kau ni dah nak kahwin perangai macam budak-budak"kata Amara pula.
"Sebut pasal kahwin aku rase kita nanti kena berjiran lah.senang kalau aku gaduh.aku pergi rumah korang kalau korang gaduh korang datang rumah aku.camne bagus tak idea aku!"kata Amani.
"Kau nak pergi rumah aku!aku siap kunci awal-awal dan letak penanda AMANI NO ENTRY."balas Amni.Amani menyekeh kepala adiknya,geram.
"Aku dengan Syahmi selalu tak ade dekat rumah"kata Amara.maklumlah dua-dua askar.jadi perlu sentiasa bersedia demi mempertahankan negara.
"Habistu kalau aku gaduh.aku nak pergi mana?"kata Amani.belum kahwin lagi dah cakap pasal gaduh!
"Senang pergi cari rumah baru kalau kau balik rumah lama.tengok dah ada madu.padan muka kau"kata Amni geram dengan perangai kakaknya itu.tak habis-habis menyakat kakaknya itu.meeah padan muka Amani.maklumlah orang perempuan ni bab poligami ni sensitif sikit!
"Gaduh tak semestinya kena lari tau.selesai elok-elok lah.baru lah aman dan damai rumah tangga."balas Amara.pekena motivasi sikit dekat kakaknya itu
Amani mencebik."Betul tu,muka macam kau ni.kalau gaduh roboh rumah nanti"balas Amni.
"Muka aku!muka kau jugak bahlol"jerit Amani.
"Eh,betul jugak.hahaha lupa"kata Amni.dia ketawa lupa mereka kembar jadi muka mesti seiras.
"Sudah stop cite pasal tu.aku nak beli layang-layang yang ada gambar frozen tu.lagi best."kata Amni lagi.dia bangun mengibas seluarnya yang terkena pasir sebelum berlari ke arah seorang wanita yang menjual layang-layang itu.Amani dan Amara menggeleng perlahan melihat adik mereka yang perangai seperti budak 3 tahun.nasib lah kau Amsyar!.
Mereka berdua kemudian berjalan perlahan ke arah Amni yang sedang berlari menaikkan Layang-layangnya.ketawa riangnya riuh kedengaran.
mereka menghabiskan aktiviti petang mereka dengan bermain layang-layang.Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
ActionStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...