BAB 28

7.4K 368 3
                                    

Amara,Syahmi,Tengku Aryan serta Tajul berdiri berhampiran rumah banglo yang usang.dari tempat mereka berdiri,mereka dapat melihat aktiviti konco Tan Sri Abraham yang sedang membungkus dadah.bau yang sangat busuk membuatkan mereka ingin termuntah.Bau mayat!!

"Hei,aku tak heranlah kau nak buat apapon dekat aku.asalkan kau jangan sentuh keluarga aku setan!!"teriak satu suara mengejutkan mereka.suara Amani!!Tengku Aryan mencari arah suara tersebut.

"Hoi!!"jerkah salah seorang konco Tan Sri Abraham mengejutkan mereka.Amara mengigit bibirnya kantoi..

Syahmi segera bertindak menutup mulut konco itu dan menghentak kepalanya.pistol di tangan konco itu diambil.

Tengku Aryan dan Tajul  menyelinap masuk ke dalam banglo itu tanpa disedari oleh sesiapapon.manakala Amara dan Syahmi nenyelesaikan konco-konco Tan Sri Abraham di tingkat bawah.

Tengku Aryan segera bersembunyi apabila mendengar derap langkah seseorang keluar dari salah sebuah bilik di tingkat atas.Tengku Aryan dicuit Tajul membuatkan Tengku Aryan berpaling.Tajul menunjuk ke atas.Tengku Aryan mengikut.satu lubang.mungkin lorong rahsia.tapi bagaimana nak panjat ke atas tu..Tajul menunjuk ke arah cctv yang berhampiran

Susah untuk mereka bergerak jika cctv ada.jadi mereka mengambil keputusan untuk memasuki lorong rahsia itu.dengan memijak bahu Tajul,Tengku Aryan berjaya masuk ke dalam Lorong tersebut.kemudian dia menghulurkan tangannya untuk mengangkat tajul.berjaya.

Suara tangisan seseorang menjadi petunjuk kepada Tengku Aryan dan tajul.

****

Amara dan Syahmi di tingkat bawah termengah-mengah habis semua konco-konco itu ditumbangkan satu persatu.kemudian diikat kemas supaya tidak terlepas.

"Good job Ara"kata Syahmi tersenyum kemenangan.Amara juga tersenyum sambil menghela nafas lega.tiba-tiba tepukan tangan seseorang menyentakkan Amara dan Syahmi.segera mereka berpaling.jutawan Tan Sri Abraham sedang tersenyum sinis.

"Hebat betul Anak-anak pembunuh ni.kau cari apa?kakak kau dia dah tak ada dekat sini?kau dah langgar perjanjian sepatutnya kau bawak mak dengan ayah kau yang bangsat tu.tapi tak.jadi aku rasa Kakak kau tu aku bagi makan buaya je la"kata Tan Sri Abraham sinis.Amara ingin menghampiri Tan Sri Abraham tetapi dihalang Syahmi.

"Aku tak pernah buat perjanjian dengan orang macam kau lah.mana kakak aku?"tempik Amara geram.kali ini dia tidak berlembut.

Tan Sri Abraham ketawa sinis.konco-konconya yang berada di luar rumah masuk setelah mendengar ketuanya memanggil.

"Tangkap dia.bawak dia masuk dalam bilik"arah Tan Sri Abraham.belum sempat Amara dan Syahmi bertindak.tangan mereka sudah dipegang dan diheret ke sebuah bilik.Amara meronta melepaskan diri.matanya meliar mencari Tengku Aryan dan Tajul.mana diaorang ni??

Sementara itu,Tengku Aryan dan Tajul menemui jalan mati.suara tangisan semakin kuat.Tajul menunjuk ke arah lubang keluar.Tengku Aryan mengintai ruang itu.matanya menangkap satu tubuh yang terbaring di atas katil.mayat yang hampir mereput.hau inilah yang busuk tadi.Tengku Aryan menutup hidungnya dengan menggunakan sapu tangan begitu juga Tajul.matanya meliar lagi,suara tangisan itu bergema dari dalam bilik ini.matanya membulat melihat seorang perempuan memegang kakinya yang berdarah.itu Amani!!

Amani masih lagi memakai baju uniform polisnya.rambutnya serabai.pipinya berdarah.tangannya cedera.manakala kakinya juga mengeluarkan darah yang banyak.tubuhnya lemah.nafasnya tidak teratur.air matanya mengalir menahan kesakitan yang dialami ini.luluh hati Tengku Aryan melihat kekasih hatinya itu.

Tiba-tiba pintu dikuak.dua tubuh dicampak ke dalam bilik itu.kemudian pintu itu dikunci dari luar.Tengku Aryan dan Tajul mengenalpasti dua tubuh itu ialah Amara dan Syahmi.

Tengku Aryan dan Tajul teragak-agak untuk turun kerana dibawahnya mayat yang sudah mereput berkulat dan meloyakan mereka itu.

Amara dan Syahmi terkejut melihat keaadaan Amani.segera dia berlari ke arah kakaknya.dia memegang pipi Amani yang tidak berdarah.Air matanya mengalir melihat keadaan kakaknya itu.Amani tersenyum nipis.

"Amani,kau okay tak?aku akan berusaha untuk keluarkan kau dari sini"kata Amara.tangan Amani digengam erat.sementara Syahmi mencari sesuatu objek untuk membuka gari Amani.dia terjumpa sepit rambut Amani.kemuadian dia bergegas ke arah Amani dan Amara.

"Kita cuba buka guna ini"kata Syahmi.berhati-hati dia mencuba takut terkena pada tangan Amani yang luka itu.berjaya!!

Amani tidak sedarkan diri.kaki dan tangannya dibuka gari.Amars segera menahan darah yang masih keluar dengan kain buruk yang terdapat di dalam bilik itu.

"Hoi,tolong aku!!"jerit Tengku Aryan dari atas.terkejut Amara dan Syahmi.

"Kau buat apa dekat atas tu?"tanya Syahmi blur melihat Tengku Aryan dan Tajul.

"Kau ingat aku tengah main congkak kat atas ni?kau alihkan mayat tu.aku nak turun ni"kata Tengku Aryan sempat lagi menyindir Syahmi.

"Kau nak aku..alihkan mayat ni.takutlah woi"kata Syahmi separuh menjerit

"Kau ni macam perempuanlah aku bukan suruh kau selfie dengan mayat ni.alihkan sikit aje.aku masih hormat mayat ni tau tak.takkan aku nak pijak dia"bebel Tengku Aryan.Tajul di tepi sudah tersengih

"Aku lagi rela selfie dengan mayat ni daripada angkat dia"balas Syahmi.dia menutup hidungnya kemudian dengan bacaan bismillah dia menarik cadar dan membalut mayat itu.dia alihkan sedikit mayat it untuk memudahkan Tengku Aryan turun.katil ditolak ke tepi dinding.kemudian tilam yang lebih diletakkan di bawah tempat Tengku Aryan dan Tajul berada.

Setelah turun,Tengku Aryan segera menerpa ke arah Amani.habis ditolak Amara yang berdiri bersebelahan Amani.nasib baik Syahmi sempat menyambut tubuh Amara.tak guna punya Abang ipar!!getus Amara geram.dia faham Tengku Aryan mengambil berat tentang Amani apatah lagi melihat keaadaan Amani sekarang.


Apakah kesudahannya?nantikan sambungaannya
Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah

Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017Where stories live. Discover now