BAB 57

6.1K 267 7
                                    

Amni bersandar pada kerusi di balkoni sambil memerhati bintang-bintang bertaburan di langit.

"Sayang,minum susu dulu."tegur Amsyar.Amni menoleh.dia tersenyum.dia bersyukur kerana dikurniakan suami yang cukup sempurna untuknya.

Kandungannya sudah hampir ke lima bulan.manakala Amani dan Amara hanya menanti hari untuk melahirkan cahaya mata mereka.perut Amni diusap.Amsyar tunduk.Amni hanya memerhati tindak tanduk Amsyar.

"Sayang!"panggil Amsyar.

"Yup"sahut Amni.dia memandang Amsyar.

"Terima kasih kerana berikan Abang zuriat dan jadi isteri abang yang sangat manja,banyak merajuk,kuat,dan yang selalu melengkapkan semua kekurangan Abang."kata Amsyar.Amni tersenyum.pipi suaminya diusap.

"Abang pon sama jugak.ubahkan si sewel ni dan jadi suami perfect10 untuk Amni."balas Amni.Amsyar tersenyum.

"Auch!"jerit Amni tiba-tiba.
Amsyar sudah kalut

"Kenapa nak beranak dah ke?"kalut Amsyar.Amni ketawa.

"Eh,suka pulak?"kata Amsyar pelik.Amni masih lagi ketawa.

"Baby tendang lah"balas Amni.muka Amsyar sudah cemberut.ingatkan apalah tadi!

"Alah,Abang janganlah masam muka tu.dah tak hensem nanti kalau baby tengok papa dia macam ni mesti...."jeda Amni.

"Mesti apa!"balas Amsyar tidak sabar.

"Mesti dia gelak macam ni.hahaha"kata Amni.Amsyar turut ketawa melihat keletah si isteri.anak nak dua dah tapi tak matang!

*****

Amara sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki ditemani sang suami yang sibuk mengelap pinggan yang dicuci tadi.setelah siap.Syahmi membancuh susu dan nescafe untuknya dan juga isterinya.

"Nah,Sayang habiskan semuanya"kata Syahmi.Amara menjuihkan bibirnya.

"Kalau separuh aje boleht tak.Ara rasa macam nak muntah minum susu banyak-banyak"keluh Amara.

"No honey,this is good for baby and you.drink it now!"kata Syahmi.nak tak nak terpaksa juga Amara menghabiskan susu itu dengan menutup hidung.

Syahmi tersenyum sambil mengusap kepala isterinya.Amara cuba bangun tapi kakinya seperti terpijak cecair yang licin.Syahmi cepat-cepat memegang isterinya.

"Kenapa ni?"tanya Syahmi cemas.

"Ara rasa air ketuban dah pecah"kata Amara.sebaik sahaja Amara menghabiskan kata-katanya.Syahmi segera mengapai telefonnya di atas meja.

"Nak telefon siapa?"tanya Amara.

"Nak telefon komander!"kata Syahmi cemas.Amara menjerit sakit hati.

"Telefon komander buat apa!pergi hospitallah"jerit Amara.Syahmi menepuk dahinya.pantas tubuh isterinya dicepung ke kereta.

Syahmi mengucapkan rasa syukur melihat isteri dan anaknya di wad ditemani ahli keluarga.Amara tersenyum bahagia sambil memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

"Dah ada nama untuk anak kamu ni Ara?Syah?"tanya Dato Lydia.Amara memandang suaminya lalu mengangguk.

"Ermm,Nur Alisya Syaerah."kata Syahmi.Amara tersenyum.

Dato Lydia terus mengagah cicitny itu.masing-masing tersenyum gembira.keluarga mereka bertambah lagi seorang.rasa bersyukur teramat sangat.

Amni dan Amsyar berdiri di sisi Amara dan Syahmi.mereka juga menumpang rasa gembira melihat ahli baru keluarga mereka.






Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah

Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017Where stories live. Discover now