BAB 49

6.2K 281 1
                                    

Amni berjalan perlahan menyusuri pantai.matanya ralit memerhati keindahan alam.sudah dua hari dia berada di Langkawi.tempat yang serba serbi indah.telefonnya dimatikan.pasti ramai yang mencarinya termasuk Amsyar.lagi dua hari majlis pernikahan kakak-kakaknya.
mengingati tarikh keramat itu sangat menyeksakan.
sepatutnya tarikh itu juga dia menyemai cinta yang sudah lama terpendam.dia mengeluh perlahan.

***

Amani dan Tengku Aryan duduk berhadapan bersama Amara,Syahmi dan Amsyar yang kelihatan sugul mukanya itu.

"Manalah Amni ni pergi.langsung tak ada khabar berita"keluh Tengku Aryan.mereka tidak boleh menunda pernikahan mereka kerana kad perkahwinan sudah pon diedar.air muka keluarga mereka juga perlu dijaga.

"Aku pon dah buntu.lagi dua hari lagi.mana aku nak cari dia"kata Amsyar.kepalanya tertunduk.

"Aku rasa mesti hari pernikahan nanti dia akan datang.takkan dia tak nak tengok Amani dan Amara bernikah"kata Syahmi.yang lain turut mengangguk.ada betulnya juga!!

"Sekeras-keras Amni tu.hati dia lembut.tak sama dengan yang lain.dia kalau ada masalah terus dia akan pergi kemana-mana sahaja tempat yang dia rasa boleh tenangkan fikiran dia."kata Amara.Amsyar yang mendengar terus melihat Amara.

"Mummy dan Daddy pon tak tahu nak buat apa.mereka hanya ikut sahaja keputusan Amni walaupun mereka kecewa"kata Amani pula.

Mereka cuma memerhati Amsyar yang tunduk sedari tadi.simpati mereka terhadap Amsyar tidak terkira.

***

Hari pernikahan sudah pon tiba.Amani dan Amara dirias cantik oleh perias terkenal Salyn.manakala Tengku Aryan dan Syahmi mengenakan baju melayu rona putih bersih kelihatan sungguh segak.Amsyar tidak dapat hadir kerana terpaksa terbang ke Auckland.Amni masih tidak nampak batang hidung.

Sah!
Sah!
Sah!

Termenterai ikatan suci antara Amani dan Tengku Aryan.serta Syahmi dan Amara.mereka tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kerana satu Amni dan Amsyar.

Dato Lydia sesudah akad nikah tadi dia terus berkurung di dalam biliknya.Dato Mustapha dan Datin Rozlin melayan tetamu seadanya.majlis yang serba mewah itu tidak seceria mana.

"Assalamualaikum"sapa satu suara.mereka semua berpaling.Datin Rozlin berlari memeluk Amni yang berada di muka pintu.Amani dan Amara turut menerpa ke arah Amni.tetamu sudah pelik melihat drama air mata itu.

"Amni minta maaf.Amni.."

"Ini semua salah faham Amni."kata Amani.dia menceritakan semuanya pada Amni.Dato Mustapha memeluk anak gadisnya itu erat.Dato lydia keluar dari bilik vila mendengar keriuhan terus menangkap figura Amni.dia terus menerpa ke arah cucunya.pipi Amni dicium bertalu-talu.

"Amni sayang.belum terlambat untuk kejar dia.pergilah"kata Dato Lydia.Amni menyeka air matanya pantas.dia menarik tangan Amar untuk mengikutinya.

Tiba di airport,mata Amni terus meliar memerhati sekeliling mencari figura Amsyar.puas di mancari tapi tidak ketemu juga.dia duduk menekup mukanya.tubuhnya terhinjut-hinjut.bunyi keriut kerusi menandakan ada seseorang yang sedang duduk di sebelahnya.

Amni tidak berpaling kerana dia tahu itu pasti Amar.tapi sangkaannya silap.

"Amni.."



Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah

Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017Where stories live. Discover now