Amani,Amara dan Amni berjalan beriringan menghampiri tiga jejaka yang sedang menanti kehadiran mereka.
Amsyar memalingkan mukanya setelah menyedari seseorang berdiri di belakangnya.dia tersenyum mesra.
"Awal sampai!kenapa tak datang awal lagi"kata Amsyar sinis.hilang terus senyuman di wajah Amni.dia merengus geram.
"Ni tunggu dua orang mak lampir ni bersiaplah.kalau saya tak sabar dah lama dah saya bawak motor tau"balas Amni selamba.Amani dan Amara merenung Amni geram.
Tengku Aryan ketawa sementara Syahmi menggeleng perlahan.
mereka duduk di atas tikar yang sudah siap dihampar di atas rumput.Hari ini mereka bercadang untuk berkelah.sengaja mereka melakukan aktiviti ini untuk mengisi masa hujung minggu.
"Awak tolong ambilkan sandwich tuna tu"kata Tengku Aryan.
"Aikk,bukan awak tak boleh makan tuna ke?"tanya Amani pelik.
"Tu dulu,sekarang saya tahu awak suka tuna.jadi saya cubalah makan tuna ni"kata Tengku Aryan.Acah sweet sangat!
Woo!!mereka yang lain bersorak.Amani makin malu.Tengku Aryan hanya senyum saja.
"Oh bakal Abang iparku yang sweet macam gula.boleh tolong ambilkan tuna untuk Amni jugak.sebab Amni pon nak makan jugaklah kalau Amani makan."kata Amni selamba.Amsyar ketawa riang.Amani terus mencubit peha Amni.
"Sayang,makan sayang"kata Amsyar.terys menyuapkan Sandwich itu ke mulut Tengku Aryan.
"Belum kahwin lagi bro.meh kitaorang suap kau.anggaplah aku ni Amani"sampuk Syahmi.Tengku Aryan sudah merah muka.Amsyar dan Amni siap buat hi5 lagi.
Mereka berenam berborak san berbincang.sesekali ketawa dan teriakan mereka kedengaran.
***
Amni dan Amsyar berjalan bersama sementara yang lain masih berada di tempat mereka makan tadi.
"Saya kena terbang ke Seoul esok.nanti lagi 3 hari saya balik"kata Amsyar.Amni mengangguk lemah.
"Nanti jaga diri,jaga hati,jaga mata.jaga semualah.
okay"sambung Amsyar."Okay,nak buat macam mana.dah tugas awak.saya sentiasa sokong tugas awak"kata Amni.senyuman semanis gula diberikan pada Amsyar.
Mereka sudah berjalan agak jauh.Amni membuang pandangannya pada keindahan alam ciptaan Allah yang sangat indah itu.
Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan sehelai kain.nafasnya sesak.matanya mencari Amsyar tapi Amsyar sudah rebah tidak sedarkan diri.dia cuba meronta tapi tubuhnya lemah dan..
"Woi,bangun!!"jerit suara keras lelaki.tubuhnya basah.Amni membuka matanya perlahan.matanya menangkap figura yang berdiri di hadapannya.kepalanya terasa berpusing.
"Woi,perempuan!!aku kata bangun"jerit lelaki itu lagi rambut Amni ditarik kasar.Amni menjerit.badannya meronta tapi pergerakannya terhalang.
tangannya digantung pada palang besi menyebabkan kakinya tidak dapat menjejak lantai.Amni meludah ke lantai.dia meliarkan matanya di sekitar bilik ini.seakan-akan bilik gerakan puak-puak pemberontak.Amni juga mendengar percakapan menggunakan bahasa yang tidak difahami.
Persoalan di fikirannya sekarang ialah dimanakah Amsyar?.Amni menjerit menahan sakit di tangannya.tubuhnya bagai tidak bernyawa tergantung di palang besi itu.
Amsyar!!!!
Apa yang jadi pada Amni.dimanakah adik beradiknya dan tiga jejaka itu.nantikan sambungannya.
Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
ActionStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...