Amani memegang tangan Dato Lydia di dalam wad.Dato Lydia masih lagi koma.mereka sekeluarga bergilir-gilir menjaganya.
"Macam mana Granny?"sapa Tengku Aryan.Amani berpaling.
"Macam biasalah.tak ada perbezaan pon"keluh Amani.Tengku Aryan memegang bahu isterinya.
"Sabarlah sayang,kita banyak-banyak berdoa ye"kata Tengku Aryan.Amani mengangguk lemah.
"Saya bukan apa,kita dah 27 ramadan.nanti syawal tiba.saya rasa tak lengkap kalau Granny tak ada"kata Amani sebak.selama 25 tahun dia beraya bersama Dato Lydia.mana mungkin dia dapat beraya dengan meriah.
"Ya Bie tahu tapi ini semua ketentuan Allah.kita kena banyakkan usaha dan doa"balas Tengku Aryan.dia menarik isterinya rapat padanya.Amani menunduk.
***
"Kau bodoh!!macam mana budak-budak tu boleh hilang.macam mana kau jaga mereka"tempik Mona kuat.Nini hanya diam sedari tadi membuatkan hatinya bertambah panas.
"Woii aku tanya kau dari tadi lagi.kenapa diam??kau yang hantar budak-budak tu ke balai polis kan"tempiknya lagi.Nini mendengus.
"Kak!!kenapa perangai akak teruk sampai nak culik anak orang.mereka tak bersalah.yang bersalah Akak.Akak sedar tak apa yang Akak buat selama ni"balas Nini geram dengan sikap kakaknya itu.
"Kau tahu apa?kau budak lagi.makan minum kau pon aku yang tanggung.kau tu cuma adik angkat aku aja.kalau aku jahat dah lama kau merempat jadi gelandangan kat luar sana"tempik Mona kuat.Nini ketawa sinis.
"Akak tanggung Nini?dengan duit haram yang Akak curi dari Dato Lydia.Akak ingat Nini tak tahu ke perbuatan Akak selama ni!"balas Nini dengan berani.Mona terdiam.
"Kau tak faham aku!!semua orang tak faham aku!!"tempik Mona.Nini mengeleng pilu hatinya melihat kakaknya seperti orang hilang akal.
Tiba-tiba rumah diketuk dengan kuat mengejutkan mereka berdua.
Mona menutup kedua-dua telinganya.mulutnya terkumat-kamit tidak tahu apa yang disebut.
Nini melangkah menghampiri pintu tapi dihalang oleh Mona."jangan hampiri pintu tu,Maut akan menghampiri kau"ugut Mona.pisau di atas meja diambil lalu diacu pada bahagian perut Nini.
Mata Nini membulat.tidak disangka kakaknya akan berkelakuan begini.mata Mona merah marah bercampur takut.
"Akak,bawak mengucap!jangan macam ni.kita selesaikan benda ni bersama-sama.tolong alihkan pisau tu.Nini sayang Akak.Nini tak nak tengok Akak macam ni"rintih Nini.Air matanya mengalir laju di pipi.ketukan di pintu kedengaran lagi.
"Bukak pintu ni!!Mona!"jerit satu suara.Mona di dalam rumah mengigil ketakutan.tanpa disedarinya Nini mengesot menghampiri pintu utama.tombol dipulas perlahan.
Tapi malangnya,Mona menjerit kuat apabila melihat tindakan Nini.pisau di atas meja diambil kasar.Nini pantas membuka pintu dan berlari keluar.
Muka Mona pucat tidak berdarah.tubunnya kaku.niatnya ingin mengejar Nini tidak kesampaian.Air matanya mengalir laju.Kepalanya seperti dipanah petir.
Saya ingin meminta maaf banyak-banyak dari hujung telekung sehingga hujung kaki.janji saya nak siapkan masa bulan puasa tapi tak siap-siap..
Readers:letak bom dekat Author..(geram Author mungkir janji..)
Takkanlah sampai macam tu...huhuhu..anyway author akan berusaha jugak untuk siapkannya sebelum raya.kalau tak siap tu jangan marah ye..hehehe
Sila vote dan komen
Lovbiu so much
Hafizah Syahirah
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
ActionStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...