SPECIAL EDITION(3)

4.7K 217 9
                                    

Amni tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.dugaan apakah di bulan yang mulia ini?

Dato Lydia masih lagi di ICU,kecederaannya teruk di kepala.sekarang kes ini dalam siasatan pihak polis.

Amsyar mencari kelibat Amni di dalam bilik.matanya melilau mencari isterinya.risau pula dia!baru sahaja ingin berpusing Amni berjalan menghampirinya.
tanpa sepatah kata Amni terus memeluk tubuh sasa suaminya itu.tangisannya keluar lagi.matanya sudah bengkak akibat terlalu banyak menangis.

Walaupon terkejut dengan tindakan isterinya dibalas juga pelukan itu.hati ibu bapa mana yang tak sedih bila anak yang mereka tatang macam minyak yang penuh hilang sekelip mata.

"Sayang Amni,jangan macam ni.kita kena kuat.kita kena berusaha untuk cari anak kita semula."pujuk Amsyar dia menyeka air mata yang ingin keluar dari tubir matanya.

Amni mengeleng lemah."saya tak boleh nak bayangkan macam mana keadaan dorang sekarang."raung Amni.Amsyar mengucup dahinya sekilas.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk.Amsyar segera membuka pintu.kelihatan Amani berada di hadapan pintu bilik mereka.

"Granny...granny dalam keadaan kritikal.doktor nak semua ahli Keluarga berkumpul di hospital sekarang"kata Amani.Amsyar terpempam.begitu juga Amni.Mereka bergegas bersiap untuk ke hospital.

****

"Diam aku kata..setan!!kau ni memang betul-betul menyusahkan aku!!"jerit Mona.dia menyuap roti ke dalam mulut si kecil itu.dari pagi tadi lagi tangisan tiga anak kecil ini membingitkan telingannya.

"Kak Long,,tak baik buat macam tu.kalau tak susah pulangkan balik pada keluarganya.Nini tak faham kenapa Kak Long culik budak-budak ni?"marah Nina dengan tindakan kakaknya itu.

Mereka dua beradik sahaja di sini.ibu bapa mereka juga sudah meninggal dunia.kakaknya inilah yang menanggung kos sara hidup mereka.kepulangan kakaknya dalam keadaan cemas semalam bersama tiga bayi kembar yang cukup comel mengejutkannya.apabila ditanya,dia pula yang kena marah!

"Aku ada perhitungan dengan keluarga budak ni.kau hanya jaga budak ni aja.yang lain tak payah sibuk"jerit Kak Mona.dia tahu dia sekarang dalam buruan polis.jadi dia perlu berhati-hati.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke dalam biliknya.pintu utama rumah kayu usang mereka diketuk kuat.

Muka Mona terus pucat.tapi dia membuka juga pintu itu.kelihatan tiga orang lelaki bertatu naga menariknya keluar.

"Kau ni memang nak mampus.berapa kali aku cakap.kalau nak pinjam duit kena bayar on time.bukannya tak bayar langsung bodoh!!"jerit salah seorang dari mereka.Mona sudah terketar-ketar.

"Aku janji bagi aku masa dalam minggu ni aja.aku akan bayar semua hutang aku dengam bos kau"terketar-ketar Mona menjawab.

"Okay,,ingat!!kalau tak kepala kau kasi putus"ugut lelaki itu lagi.dia menolak Mona hingga terjatuh.

Mona menyeka air matanya.sebab itu dia menculik kembar itu untuk dijadikan tebusan.hidupnya kini tidak selamat dengan hutang keliling pinggang.dia meraup mukanya.kejadian malam itu menerpa dalam ingatanya

Tiba-tiba dia ketawa.dia tidak sengaja menolak Dato Lydia.tapi perempuan tua itu sudah tahu kegiatannya yang selalu mencuri wang majikannya.bukan kehendaknya tapi untuk sara hidupnya dua beradik.

Nini hanya melihat kelakuan kakaknya itu.dia memegang telefon di tangannya erat.dia perlu buat sesuatu.Kakaknya itu sudah berubah tidak seperti dulu.kelakuannya sungguh menakutkan.

Dia tekad.dia masuk ke dalam bilik.pintu dikunci.dia mendail no telefon seseorang.

"Hello.."



To be continue,,
Ramai yang cakap Kak Mona jahat.tapi memang betul pon kesian Amni dan Amsyar.Author pulak sedih yang amat sekarang.

Apa-apapon.sila komen macam mana bab ni??
Jangan lupa vote jugak
Lovbiu
Hafizah Syahirah

Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017Where stories live. Discover now