SPECIAL EDITION(8)

6.1K 221 16
                                    

Takbir raya berkumandang.sayu pula mendengarnya.Amni berdiri di balkoni.sengaja mengambil angin.segala persiapan untuk sudah siap.

Matanya menghala ke bawah.kelihatan Tengku Aryan,Syahmi,Amsyar dan Dato Mustapha sibuk membakar lemang.sempoi betul dorang ni!

Anak-anak semuanya sudah tidur.senanglah kerjanya.Amni turun ke bawah.

"Pengumuman-pengumuman!!!!!raya tahun jadi wehh"jerit Amar.sedari tadi dia duduk depan TV tanpa menolong bakar lemang.

"Kau ni...memang sah raya tahun ni.pergi bakar lemang sana."sampuk Amani yang sedang mendukung Amanda.Amar mencebik.

"Nanti aku tolong lah.aku nak tengok pengumuman raya ni dulu"kata Amar.Amani dan Amni tersengih.layankan ajalah.

Amni melangkah perlahan ke arah mereka yang sibuk membakar lemang.Amni tersengih melihat Amsyar yang berpeluh membalikkan lemang itu.handsome kau!!

"Dah berapa batang siap?"tanya Amani.entah bila dia ke sini pon Amni tak tahu.

"Baru lima.kena tunggu lima lagi!"jawab Dato Mustapha.yang lain hanya mendengar.

"Yang tu tersengih-sengih kenapa?ambik kain ni.tolong balikkan sekali lemang tu.Daddy nak masuk dalam kejap"kata Dato Mustapha.semua mata melihat Amni yang tersengih aja sedari tadi.

"Tak ada apalah Daddy.suka lah esok raya"jawab Amni.meletus ketawa mereka yang mendengar.jawapan budak-budak betullah Amni ni!

Amsyar ketawa.matanya memandang Amni tidak berkelip.entah apalah yang tersengih saja dari tadi!dia menggeleng perlahan.

Sudah hampir tengah malam barulah mereka masuk ke dalam bilik.Amsyar merebahkan tubuhnya di atas katil.sakit betul badannya hari ini.

"Ehh,pergilah mandi dulu.baru tidur."kata Amni.dia yang baru selesai menyusu Zayyan  berpaling melihat suaminya berbaring di atas katil.

"Hmm..penatlah"keluh Amsyar dengan suara yang perlahan.matanya masih terpejam.Amni tersenyum.

"Ishh,,baru bakar 10 batang lemang bukanya 100 batang.dah letih.nampak sangat Abang ni dah tua"kutuk Amni.Amsyar terus bangun.pipi isterinya dicium bertalu-talu.Amni menjerit kecil.

"Buat dosa lagi dengan Abang..nilah dendanya"kata Amsyar.Amni menolak muka Amsyar.

"Esokkan raya..jadi esok ajelah minta maaf yee"kata Amni selamba.

"Ada pulak macam tu"balas Amsyar.Amni mengangguk.

"Yelah!!kalau minta maaf sekarang.esok nak minta maaf apa lagi"kata Amni.tergelak Amsyar mendengar celoteh isterinya.mulut tu macam bertih jagung!ada sahaja yang dibualkan.

"Dah pergi mandi sana.dah lewat dah ni.esok kena bangun awal pulak"suruh Amni.dia bangun menghulurkan tuala pada Amsyar tapi tidak disambut.

"Penatlah,,esok jelah mandi"dalih Amsyar.Amni membulatkan matanya.Amsyar kembali berbaring.

"Mana boleh,,mandi barulah segar sikit badan tu.sayang oii"balas Amni.dia menarik tangan suaminya supaya bangun.tapi haram jadah badannya dengan badan Amsyar jauh berbeza.berat nak mampos!

Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017Where stories live. Discover now