Amni tersedar di awal pagi.kepalanya pening terasa seperti batu menghempap kepalanya.berat semacam.
Amsyar di sebelahnya dipandang tidak sampai hati pula ingin mengejutkan suaminya.Dia turun perlahan dari katil perlahan-lahan mengatur langkah ke bilik air.tapi entah dimana silapnya.kakinya tersadung sesuatu.dia menjerit.pandangannya kelam.sakit di kepala dan perutnya.
Amsyar tersedar bunyi kuat dari dalam bilik air dan jeritan.dia membuang pandangan di sebelahnya.Amni tiada!
"Amni!!"
"Sayang!!!"
Pintu bilik air diketuk kuat.mulutnya tidak henti memanggil nama isterinya.dia tiada pilihan melainkan memecah pintu air itu.dia terkesima.
Kepala dan celah paha Amni berdarah.Amsyar segera mangangkat tubuh isterinya ke hospital.sepanjang perjalanan tidak henti-henti dia berdoa supaya tidak berlaku sesuatu yang buruk terjadi pada isterinya.
Sampai sahaja di hospital.Amni sudah dimasukkan ke dalam wad kecemasan.dia mundar-mandir di hadapan wad itu.hatinya resah tidak terkata.
Seketika kemudian seorang doktor keluar.
"Macam mana isteri saya doktor?"tanya Amsyar.
"Maafkan saya Encik.kandungan isteri Encik tidak dapat diselamatkan.isteri Encik luka di kepala tapi tidak serius.kami dah lakukan yamg sebaik mungkin Encik.Maafkan kami.
takziah"kata Doktor tersebut kemudian meminta diri.Amsyar sudah terduduk.sakit dadanya mendengar berita tadi.dia tidak tahu bahawa Amni sedang hamil.
Amni di dalam bilik yang baru sahaja sedar turut menangis.hajatnya untuk memiliki anak tidak kesampaian.
Bunyi pintu dibuka menyedarkan Amni.Amsyar datang.
"Ana..anak kita"sebak Amni berkata.Amsyar menggeleng perlahan.tubuh Amni dipeluk erat.Amni meronta.
"Allah lebih sayangkan anak kita Sayang."kata Amsyar.terhinggut bahu Amni menahan tangis di dada Amsyar.
"Maafkan saya Abang,saya gagal jaga dia.sa.."belum sempat Amni berkata.Amsyar sudah menutup mulutnya.
"Jangan salahkan diri sendiri,kita sama-sama tak tahu,sayang.
Abang tak salahkan sayang.mungkin belum rezeki kita nak timang cahaya mata sendiri."kata Amsyar.merek perlu kuat dalam situasi begini.Amni mengangguk setuju.Berita itu telah memeranjatkan Dato Lydia dan yang lain.mereka berkumpul di dalam wad Amni setelah dikhabarkan oleh Amsyar.
"Amni jangan sedih-sedih sayang!jangan cepat mengalah.in adalah ujian Allah nak beri pada kamu berdua."nasihat Dato Mustapha.mereka yang lain mengangguk.
Dato Lydia hanya diam.dia ralat sebenarnya.dia betul-betul inginkan cicit daripada cucu-cucunya sebelum dia menutup mata.dia hanya mampu berdoa.
"Nanti keluar wad,Mummy nak kamu berpantang cara tradisional."kata Datin Rozlin pula.Amni hanya mengangguk.mujur dia dikurniakan keluarga yang nenyokongnya dari belakang.dia membalas pandangannya dengan Amsyar.dia tersenyum begitu juga Amsyar.
*****
Sudah sebulan dia berpantang,Amsyar juga turut sama berpantang.nak ambil hati isteri katanya!
"Granny,air apa ni.pahit semacam aje"jerit Amni manja.Amsyar di sebelah Amni tergelak.
"Itu kopi orang berpantang.buang angin tu.minum sampai habis"arah Dato Lydia.Amni menggeleng.
"Minum sikit sayang.buang separuh angin sayang tu pon jadilah"usik Amsyar.Amni terus mencubit perut Amsyar geram.
Nak tak nak terpaksalah dia habiskan jugak.kopi yang tak rasa macam kopi.
Horray,cerita ini hanya ada beberapa bab sahaja lagi.sedih pon ada juga.apa-apapon.Author masih lagi berkarya.periksa wall author untuk tahu karya Author.jangan tengok aje.masukkan dalam RL tau dan vote.
Sila vote dan komen
Lovbiu
Hafizah Syahirah.
YOU ARE READING
Triplets Mission ✔✔ #Wattys2017
ActionStart:20 Nov 2016 End:1 Mei 2017 Kembar tiga sangat jarang didengari..gelagat kembar yang menjalankan penyiasatan tentang ibu bapa mereka Amani sofiyya berpewatakan kasar dan berani..dia merupakan seorang pegawai polis unit khas..dia nekad utk...