-2-

881 31 0
                                    


Hanna memandang sekeliling. Usaha dia langsung tiada hasil. Akhirnya dia terperuk disini juga.

"Ada abah dengan mak pun macam ni. Bila aku nak bahagia ni. Orang kalau ada keluarga kemain happy.  Aku? " Hanna membebel pada dirinya sendiri. Namun cepat dia menggeleng menghapuskan apa yang ada difikirannya.

"Ramai yang lagi susah. Sikit je ujian kau ni. " Dia tersenyum sikit.

Sekurang-kurangnya dia patut bersyukur masih ada ibu dan ayah.

****

Datin Uzaina melangkah ke dalam bilik Dhiyyan.  Kesian dia melihat anak angkatnya itu berbaring lesu.

"Dhi, bangun sembahyang maghrib. Nanti terlepas pula. " Kejut Datin Uzaina.

Namun tiada balasan dari Dhiyyan.

"Dhiyyan, bangun sembahyang dulu. Tak elok tidurlah. "

Akhirnya Dhiyyan tersedar. Dia terus duduk. Malu pula ada yang mengejutnya.  Entah bila dia tertidur pun tak tahu.

"Maaf, susahkan mama. "Segera dia meminta maaf.

"Tak apa. Bangun sembahyang dulu. Lepas Isyak nanti turun makan. " Ujar datin Uzaina.

Dia mengusap lembut kepala Dhiyyan Datin Uzaina tersentuh dahi Dhiyyan.

"Eh,panasnya. Dhi demam ni. Tunggu kejap mama ambil ubat ya."

"Eh mama, tak payah. Dhi nak solat,nanti Dhi turun. Okey?" Halang Dhiyyan dengan lembut berserta senyuman.

"Hmm,yelah."


****

Dhiyyan melangkah menuju ke dapur. Sakit kepalanya diabaikan. Dia bukan ratu kerjanya duduk terperuk dalam bilik je.

"Makcik." Tegur Dhiyyan

"Eh, bukan makcik. Panggil bibik. Bik Yam. "

"Tak maulah. Makcik bukan bibik saya. "

Bik Yam hanya tersenyum. Dalam hati memuji sifat sopan gadis polos itu.

"Nak Dhi tolong apa-apa? " Dhiyyan menawarkan dirinya untuk membantu.

"Eh, tak payah. Bik dah siapkan. Tinggal nak hidang je. "

Dhiyyan memandang segala jenis lauk yang berada didalam pinggan.

"Banyaknya makcik. Bukan ramai pun orang dalam rumah ni. " Soalnya.  Bukan dua tiga pinggan, hampir 10 pinggan.

"Sekejap lagi anak sulung Datin datang.  Datin jemput. Nak kenalkan Dhi dekat dia orang. " Terang Bibik Yam.

"Ouh, mesti cantikkan anak mama. Mama pun cantik. Putih. Hidung mancung. Untung anak dia. " 

Dhiyyan membayangkan wajah anak sulung Datin Uzaina. Kalau lihat pada muka Datin Uzaina dan Dato' Putera Dzulkifli, sememangnya mereka dapat anak perempuan yang cantik.

Lihat sahaja pada dua beradik lelaki itu sudah buat semua wanita luar sana cair.

"Assalamualaikum. Mama,papa,Dhiyya dah balik. " Anak sulung keluarga itu masuk bersama seorang bayi lelaki didalam dukungannya.

JAUH [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang