-59-

474 18 0
                                    


Aku hanya baring di atas sofa. Kepala yang sakit aku picit sendiri. Kerana dari semalam tidak henti menangis, tak memasal suhu badan naik.

Tapi untuk mengambil perhatian Dayyan, masih lagi tidak mampu. Semasa bangun untuk sembahyang Subuh, Dayyan sudah habis sembahyang. Dan selepas aku bagi salam yang kedua, Dayyan sudah tiada. Entah mana dia keluar.

Akhirnya aku hanya layan sendiri sakit kepala dan demam ini. Sebelum ini, Dayyan pasti bising kalau aku sakit. Katanya tidak pandai jaga diri lah. Apalah. Tapi aku tidak kisah. Namun sekarang, tiada lagi bebelan sebegitu. Tiada langsung suara darinya. Apakah aku sudah boleh bersedia untuk dibuang dari hidupnya? Berpisah? Berjauhan? Berasingan? Bercerai?

Semakin aku fikir, semakin membara kesakitan di kepalaku. Aku mengerang kecil. Dalam hati aku sibuk memanggil Dayyan.

"Dayyan! " Air mata sudah kembali mengalir menangisi kesakitan dan kepiluan. Semakin lama semakin lebat. Henjutan bahuku semakin rancak. Lemahkan aku?

"Sakit Yan. Mana Yan ni? Mama, papa, umi, Abi. I need you. Aira... Aira tak kuat. Bantu Aira kalian! Aira... Aira perlukan sokongan. Arghh.. " Seperti tidak tertahan sakit kepala ini yang semakin mencengkam. Apa ubatnya? Tiada! Aku cuma perlukan Dayyan saat ini Ya tuhan!

"Assalamualaikum! "

Aku dengar seseorang memberi laungan salam. Dayyan balikkah? Tapi untuk bangun membuka pintu, aku tiada daya.

"Yan.. " Aku panggil perlahan. Pintu aku dengar sudah dibuka. Kabur! Aku tidak pasti siapa itu.

"Aira, bangun Aira. Okey tak ni? Kenapa panas sangat dahi ni? " Suara itu! Suara itu! Aku mahu membalas. Aku mahu memberi jawapan untuk soalannta namun dayaku tiada.

Mata aku semakin kabur. Hanya dapatku tangkap suara sayup yang memanggil nama 'Aira'. Akibat kelemahanku yang tidak dapat untuk menanggung kesakitan ini, aku terus terpejam. Terpejam lena di dalam dunia yang gelap keseluruhannya.


****


"Saya nak jumpa dengan Dayyan. "

"Encik ada buat appoinment ke? "

Dia mengeluh. Payah sangat ke nak jumpa CEO macam Dayyan ni? Akhirnya dia hanya merempuh masuk tanpa peduli suara Iyara melarang.

"I'm sorry Yan. I dah halang, tapi dia buat tak tahu aje. " Iayara mengadu kepada Dayyan. Sempat dia menjeling lelaki yang tidak tahu adab itu.

"Okay Yara. You boleh keluar. " Suara tegas Dayyan itu buat Iyara faham yang dia Dayyan bukan berada dalam mood yang baik. Plannya untuk mengetahui cerita dari lelaki itu terbatal. Mahu di hamuknya si Dayyan kalau dia tidak keluar.

"Kau nak apa sampai datang ke pejabat aku ni? Gian nak makan penumbuk aku lagi ke? " Dayyan bersuara beku. Langsung dia tidak pandang muka tetamunya.

"Kau yang gian makan penumbuk aku Dayyan!! " Dengan melulu, dia terus menyerang Dayyan.

Akibat terlalu pantas, Dayyan tidak dapat mengelak. Pipi kirinya sudah didarati oleh sebiji penumbuk.

"Kau nak apa lagi Haziq?! "

"Aku nak apa? Kau buat apa sampai isteri kau dekat rumah tu demam?! Suami jenis apa kau ni?! " Soalan-soalan Haziq buat Dayyan pelik.

"Mana kau tahu dia sakit?! "

"Hei bodoh, kalau aku tak datang rumah kau, entah-entah dah jadi arwah tau bini kau dekat rumah tu. Agak-agaklah bro nak buat dia macam tu. Kau ingat dia tak ada perasaan ke?! "

"Ouh, jadi kau datang rumah akulah ni? Kau buat apa datang rumah aku? Aira suruh?! Perempuan tu suruh jadi pemuas nafsu dia ke?! Jawablah! Eh kalau dia mati sekalipun aku tak kesahlah! "

Satu tumbukan lagi dilayangkan kepada Dayyan. Bagi Haziq, Dayyan sudah melampaui batas. Kata-katanya sangat tajam dan semuanya menyakitkan!

"Dia tak semurah itu Dayyan! Ye aku memang mengaku aku jahat. Aku cuba rogol dia dua kali dan aku mengaku itu memang silap besar yang aku pernah buat." Haziq cuba menenangkan dirinya. Air mata jantannya seakan mendesar supaya mengalir namun dia tahan.

Cerita yang disampaikan oleh Hanna tempoh hari kembali bermain difikiran. Saat ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengannya dan memberitahu yang dia sudah merasai Aira buat Haziq tidak percaya. Dia tidak percaya yang bekas rakan karibnya itu berperlakuan keji seperti yang diceritakan oleh lelaki tersebut.

Untuk mengatahui hal sebenarnya, dia memutuskan untuk berjumpa Hanna bagi mendapatkan kesahihan cerita lelaki tersebut dan cerita Hanna tentang kisah silam mereka berdua langsung tidak pernah terfikir Haziq. Derita! Baginha Hanna dan Aira sudah cukup menderita.

Kisah hidup mereka membuatkan dia tersedar yang dia sudah melakukan kesalahan terbesar dalam hidupnya. Iaitu memfitnah seorang gadis baik dengan fitnah yang besar.

"Kalau dia tak murah, dia takkan gadaikan badan dia dekat oranglah!"

"Aku kawan baik dia Dayyan. Dari sekolah menengah aku kawan baik dengan dia. Dia langsung tak pernah bercinta. Dia langsung tak layan lelaki. Dan aku bagitahu dia, aku suka dia tapi langsung dia tak balas cinta aku. Itu buat aku geram dan sebab itu jugalah aku berdendam. Dan Yan, sebab itu jugalah aku buat benda bodoh Yan! Aku cuba perkosa dia. Aku rasa nak tikam diri aku berkali-kali Yan.

Dia tak pernah salah. Andainya kau tahu kisah silamnya, aku pasti kau akan rasa lebih menyesal dengan apa yang kau dah buat. Pergilah pada dia. Dia perlukan kau. Suhu badan dia tinggi sangat pagi tadi. Dia ada di wad sekarang. Pergilah jenguk dia. " Haziq bersuara sayu. Kisah sadis Aira buat dia sedar yang selama ini banyak kesalahan yang telah dia lalukan terhadap insan bergelar Aira itu.

"Bukan urusan aku. Dan aku banyak lagi kerja nak disiapkan. Apa kata kau aja yang jaga? Diakan bekas kau!?" Kata-kata Dayyan mendatangkan gelengan kecil Haziq.

Dayyan masih dengan egonya. Masih tidak mampu untuk percaya isterinya sendiri. Haziq juga tidak tahu macam mana untuk dia bantu pasangan itu.

"Kau kena bro. Kau pergi tanya isteri kau. Apa yang jadi sebenar-benarnya. Mungkin ingatan dia masih belum sembuh sepenuhnya. Hanya Hanna. Dia ada segala jawapan yang sedang bermain di fikiran kau. Jangan sia-siakan dia. Tolong, aku merayu dekat kau. Tolong bagi dia kebahagiaan. Tolong hentikan kesengsaraan dia. Tolong percaya dia. Tolong jangan bagi dia rasa kebahagiaan itu masih jauh. Sebab sia sudah sejauh ini untuk capai kebahagiaan.

Aku minta tolong itu. Aku percayakan kau Yan. Tapi andaikata kau tidak mampu dengan setia pertolongan yang aku minta itu, lepaskanlah dia dengan.... "

"Apasal pula aku nak lepaskan dia? Ouh, supaya kau dengan dia boleh bersama? Dulu as a best friend, dan nanti bila aku dah lepaskan dia, you and her as a lover pula lah? Wow, cantik permainan kau dengan dia dekat situ. "

Keluhan Haziq kedengaran. Dayyan langsung tidak boleh dibawa bincang. Mintanya sudah tertumpu untuk menyalahkan Aira dan dirinya sahaja.
"Ingat ni, jawapan semua ada pada Hanna. Jangan salah enemy bro. Aku balik dulu. Lawatlah isteri kau tu. Nanti bila dia sah tak ada jangan baru nak menyesal. Assalamualaikum. "

Haziq keluar dari pejabat rakannya. Dia masih tidak puas hati dengan Dayyan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia bertumbuk dengan Dayyan. Baginya kata-kata yang dikeluarkan Dayyan itu sangatlah tajam. Kalau Aira dengar, pasti dia kecewa.

JAUH [C]Where stories live. Discover now