-68-

1K 20 3
                                    


"Ye, cerita tu aku tahu. Tapi kau sure ke? " Soal Dayyan serius.

"Aku kenal Aira dari aku sekolah menengah. Dia bukan jenis yang macam kau tuduh. Aku ajak dia couple pun dimaki hamunnya aku. " Terang Haziq.

Dayyan tergelak. Tak dapat dibayangkan macam mana Haziq kena reject dulu. Ouh, memalukan kaum sejenis ajelah Haziq ni!

"Memalukan! Tapikan, Aira tu dulu macam mana? "

"Aira? Sangatlah lembut! Susah sangat nak dengar suara. Lembut Hanna sekarang, lembut lagi si Aira tu. Tapi masalahnya itu dulu lah. Sekarang tahulahkan? Hanat betul mulut dia! "

Menggeleng sahaja Dayyan. Dah perangai kau yang macam hanat! Nak salahkan orang pula.

Dan apa yang dia tahu sekarang, keselamatan Aira dan Hanna tidak selamat. Itu yang boleh disimpulkan. Nak tak nak, dia perlu jaga keselamatan dua orang gadis itu. Walaupun bukan sebagai suami, tapi sebagai seorang abang.

----

Sudah empat hari Dayyan mengekori gerakan Aira. Bukan selalu dia keluar. Dalam empat haru, hanya dua kali sahaja Aira pernah keluar. Pertama ke kedai buku. Dan kedua pergi beli barang dapur. Yang buat Dayyan tak puas hati, dia keluar waktu malam. Tak tahu ke nyawa dia dalam bahaya?
Dan ya, kedua-dua kali itu ada seorang lelaki yang ikut dari jauh. Tak pasti wajahnya kerana sering memakai shades. Tapi Dayyan yakin yang itu pasti Fayad.

Namun tiada tindakan agresif yang Fayad lakukan. Hanya mengikut gerak-geri Aira sahaja.

Dan untuk hari kelima, Aira keluar pada waktu malam bersama Hanna. Kedai buku lagi sekali menjadi pilihan.

Menggeleng sahaja Dayyan. Pasti, bila mereka keluar tu mahu tiga empat plastik yang penuh dengan buku. Bukan tak tahu gila novel si Aira tu. Kalau sehari, sekurang-kurangnya 2 novel dia habiskan. Gila betul!

"Tu dia kau. Apalah yang kau nak dengan mereka Fayad? Haih, menyusahkan hidup aku lah kau ni. " Dayyan berkata sendiri disebalik dinding tidak jauh dari kedai yang dimasuki Aira tadi.

Sejam menunggu, Aira dan Hanna kelihatan keluar dari kedai tersebut. Mengeluh Dayyan. Punyah lama kalah pilih baju raya! Buku aje kot?

Dari jauh, Dayyan hanya mengekori mereka. Sampai di tempat letak kenderaan, satu tindakan sudah dibuat oleh Fayad.

Tangan Aira dan Hanna Fayad tarik dengan kasar. Tak sempat mereka nak menjerit, mereka sudah berada di dalam kereta Fayad.

"Shit! So rude Fayad. " Dayyan masuk kedalam keretanya dan mengikut hala tuju kereta yang dipandu Fayad.

"Game kau dah tamatlah Fayad! "

----

"Kau nak apa lagi Fayad?! " Suara Hanna kedengaran bila ditarik sesuka hati menaiki kereta lelaki tersebut.

"Kau rasa apa aku nak buat? " Senyuman sinis dapat aku lihat di bibir lelaki itu.

"Berhentilah Fayad. Kitorang nak baliklah! Nanti abi marah. " Hanna masih lagi merayu supaya dilepaskan.

"Eh perempuan, dulu masa kau duduk dekat rumah aku, elok aje? Abi ehh? Pergi mampos dengan abi kau. Kau ingat dia sayang kau ke? Kalau dia sayang, dah lamalah dia cari kau. Tapi ada dia cari? Bapak aku tu jugalah yang jaga kau. "

JAUH [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang