-34-

414 21 0
                                    


"Ya Allah Fir. Lamanya tak jumpa awak. Apa khabar? Saya tengok awak makin alim sekarang. " Aku tegur Firdaus yang sedang duduk diruang tamu. Entah apa hajat datang bertandang kerumah mama pun aku tak tahu.

"Dhiyyan. Alhamdulillah. Mana ada alim sangat. Biasa-biasa aje. Banyak lagi ilmu Allah yang belum I tuntut. You apa khabar? Amboi, duduk korea empat tahun muka pun dah macam orang sana. "

Aku tergelak kecil.

"Saya Alhamdulillah macam yang awak nampak. Tak sangka saya awak yang dulu mulut manis, perempuan keliling. Sekarang jadi pak ustaz. Untung tau siapa dapat awak. " Kataku. Benar, bagiku untung siapa yang dapat Firdaus.

Dengan kopiah yang tidak lepas dikepalanya. Sejuk mata memandang.

"Janganlah ungkit kisah lama I. Malu tau bila kenang balik dosa-dosa I dulu. Dan lagi satu, jangan sesekali gelar I ustaz ke pak ustaz ke. I ni hamba biasa. Ilmu ni cetek sangat. " Firdaus merendah diri.

Aku pulak yang malu dibuatnya.

"Awak datang sini kenapa? Mama semua mana? "

"I datang ni sebab nak bawak you. "

Aku berkerut dari. Nak bawak aku pergi mana pulak ni?

"I nak bawak you menemui syurga you. " Dia sambung lagi.

"Mana syurga saya? Tak ada pun. "

"Nak bawaklah ni. Siap-siap pakai baju kurung putih. Pakai tudung. "

Arahan Firdaus membuatkan aku bertambah pelik. Punya banyak warna baju kurung, kenapa suruh pakai warna putih. Dah macam orang nak bernikah aje.

"Alah, kenapa nak kena pakai warna putih? " Soalku tidak puas hati.

"Yelah. Nak pergi nikah. Kan elok pakai baju warna putih. " Katanya selamba.

What? Nikah? Dengan siapa pulak nak bernikah? Kata nak bawak aku pergi syurga kononnya.

Aku dengar Firdaus gelak. Kuat pula tu. Apa kena dia ni?

"Seriously you tak faham ke apa yang I maksudkan? I nak ajak you pergi nikah. Jumpa syurga baru you. I lah. Suami. Syurga isterikan bawah telapak kaki suami? "

Terkedu. Jantung laju berdebar. Apa ni, buat pasal pula jantung ni. Aku ada sakit jantung agaknya. Berdetak laju semacam aje.

"Pandai awak bergurau. "

"Hahah.. Gurau ke? Eh, sebenarnya I nak ajak maklong dengan paklong pergi ke madrasah yang tempat I belajar tu. Mereka nak belajar sekali katanya. " Terang Firdaus.

Aku mengangguk. Patutlah bayang mama tak nampak. Pergi bersiaplah tu.

"You taknak ikut? "

Aku fikirkan pertanyaan dia. Boleh juga kalau ikut. Dapatlah jugak aku ilmu daripada duduk terperap dalam rumah besar ni.

"Bolehlah. Saya pergi bersiap kejap. Cakap dekat mama suruh tunggu saya tau. Saya nak ikut. "

Segera aku berlari keatas.


****


Walaupun aku ni Islam, tapi Islamku tidak sempuna. Selepas dengar apa yang dicerahkan oleh Ustaz Rais.

Daripada solat hingga aurat dan akhir sekali tentang *husnul khatimah.

JAUH [C]Where stories live. Discover now