-62-

585 20 0
                                    


Setelah selesai urusan penceraianku bersama Dayyan, aku terus pulang untuk ke destinasi seterusnya. Italy. Tidak sangka, tarikh abi pilih untuk aku honeymoon bersama Dayyan kini bertukar kepada hari penceraian. Tapi tidak mengapalah. Aku redha. Mama dan papa juga masih menganggap aku anak mereka. Aku cuma hilang Dayyan. Bukan hilang keluarga.

"Semua dah siap ke? Riel, kamu ada apa-apa lagi yang tinggal? Kamu bukan boleh. Ada aje benda yang terlupa. ". Bising abi kepada Hairiel. Betul belaka apa yang Abi katakan. Pelupa boleh tahan si Hairiel ni.

"Dah abi. Mana boleh lupa apa-apa. Nak berjalan jauh ni. " Hairiel menunjukkan beg tariknya. Ha, iye sangatlah tu. Tengok nanti sibuk nak pinjam-pinjam.

"Charger dah bawak Hairiel? " Meleret aku tanya pada dia. Dan dengan banggannya dia jawab tak. Kau rasa?!

"Kau pergi ambil sekarang. Jangan nak sibuk pinjam orang punya ye! " Bebelku. Mahunya tidak, nanti sibuk minta pinjam.

"Alah, apa guna ada kakak dua orang kalau bukan untuk tolong adik merekakan? " Matanya terarah kepada aku dan Hanna. Siap angkat kening lagi. Poyo sangat!

"Banyaklah Riel! " Dapat sudah sedas jelingan dari Hanna. Padan muka!

Berbanding aku, Hairiel lebih takut dengan Hanna. Kak Hanna garang katanya. Tengoklah masa Hairiel merayu mahu ikut, kena marah dengan Hanna kerana terlebih suara dengan abi.

"Iyelah. " Hairiel menurut. Dia masuk semula ke biliknya untuk ambil pengecas telefon.

"Janganlah garang sangat dengan adik tu Hanna. " Tegurku. Kesian aku tengok muka terkulat Hairiel tadi.

"Mana ada kak. Tak garang mana pun. Kan abi? "

"Betul. Bertegas sedikit tak salah Aira. Kamu tu manjakan sangat Hairiel tu. Dia berkasar bahasa pun kamu biarkan. " Abi menyebelahi Hanna kali ini. Berlembut sangat ke aku? Rasa macam biasa-biasa aje.

"Yelah. Hanna, pergi ambil rotan dekat pejabat abi di madrasah. " Suruhku. Nak garang kan?

"Buat apa pula rotannya Aira? " Abi pandang pelik padaku.

"Nak sebat si Hairiel tu kalau-kalau dia buat masalah dekat sana nanti. " Sengehan aku beri pada abi. Tergeleng abi melihat kerenah aku yang pelik-pelik.

"Abi suruh bertegas, bukan suruh lebamkan anak bongsu abi tu. Hesy, macam-macamlah anak abi ni."

Aku cuma tersengih. Saja nak hilangkan rasa sedih. Siapa tak sedih nak tinggalkan keluarga tersayang walaupun aku ni nak pergi bercuti aje. Mana tahu ini kali terakhir aku dapat lihat mereka semuakan?

"Riel, cepatlah! " Jeritku. Apa entah yang dibuatnya lama dalam bilik tu.

"Ye ye, kejap!! "

Setelah dia keluar, kami berangkat meninggalkan rumah. Semua ikut kecuali Hanni yang telah pulang ke Darul Quran bagi meneruskan pengajiannya.

"Riel, abi hantar kamu untuk jaga kakak-kakak kamu tu. Jangan kamu pula yang berlebih dekat sana. Riel lelaki. Jagakan yang perempuan. " Kata umi. Matanya memandang Hairiel melalui cermin.

"Ye umi. Lagipun mereka ni dah besar dah umi. Pandailah kakak-kakak Riel ni jaga diri diorang. " Balasnya. Sempat lagi tu bagi jelingan pada aku. Amboi, Amboi!

"Tak boleh macam tu. Kalau macam tu baik abi tak payah bazirkan duit suruh kamu ikut. Kakak-kakak kamu tu perempuan. Walaupun mereka tua dari Riel, tapi kudrat mereka lemah. Itu abi bagi Riel ikut. Jadi bodyguard mereka. Bukan mereka yang jadi bodyguard Riel. " Kali ini giliran abi pula memberi tazkirah pendek kepada Hairiel. Ha dengar tu!

"Iyelah. Pandailah Riel jaga mereka ni abi. Kalau mereka tak nak ikut cakap Riel, Riel cepuk aje. Jangan risau eh abi. Riel akan jadi hero untuk dua princess abi ni. " Katanya semangat. Hero? Tengoklah sampai sana nanti, siapa hero siapa KO!

"Eleh, sembang kencang aje kau ni. Buatnya tak juga. Akak nak tengok nanti dekat sana. " Balasku sekali dengan jelingan. Hairiel ni cakap aje besar.

"Isy kau ni kak! Tahulah Riel. Eh ni Riel nak warning awal-awal, jangan sesekali buat hal ye. Jangan nak buat macam drama-drama novel konon lari cari angin. At last lesap terus. Kalau akak berdua buat macam tu, Riel terus call abi mengadu. Dan lagi satu, jangan pernah keluar tanpa Riel. Remember that I'm your bodyguard! Am I right abi? "

Amboi-amboi, dia guna kuasa veto yang abi dah bagi pada dia pula. Banyak handsome muka!

"Totally right son! Ingat pesan abi. Aira, dekat sana nanti tenangkan diri. Jangan nak ingat semua benda yang dah lepas tu. Hanna, ambil peluang ni untuk bersama dengan Aira. Kamu berdua pun dah jarang berjumpakan? And my son, jangan nakal sangat. "

"InsyaAllah abi, abi tak perlulah risau. Aira ada nak jaga adik-adik Aira abi.  Aira ni waras lagi. Lagipun, niat Aira nak cari pengalaman di negara orang. "

Susah bagi mereka yang muslim untuk travel ke negara yang populasi rakyatnya tidak ramai yang beragama Islam. Tapi iti tidak jadi halangan untuk orang muslim mengembara mencari ilmu dan nikmat tuhan yang lain. Bumi ni tuhan punya. Pasti Dia akan bantu.

Dalam dua puluh minit, kami sampai di KLIA. Tak sabar sungguh aku nak jejak bumi Italy. Yang aku tahu, bumi Italy itu penuh dengan suasana romantis. Padanlah abi pilih untuk destinasi bulan maduku. Tapi apakan daya, tidak kesampaian.

"Jaga diri. Jaga iman. Dekat sana tu susah sikit nak cari yang halal. Hati-hatilah semasa beli makanan apa semua tu. " Pesan abi. Kami hanya menadah telinga mendengar nasihat abi yang sudah diulang dua, tiga kali.

"Okey abi. Abi dengan umi jaga kesihatan elok-elok. Nanti kalau Aira dah ada duit, kita pergi sama-sama tau. Baru best sikit. "Ujarku gembira. Belum pernah aku rasai bercuti bersama keluarga.

"InsyaAllah. Nanti kita pergi sama-sama. Hairiel ingat.. "

"Ye abi. I will take care of your twin daughter ye abi. Don't worry. " Hairiel layangkan tanda okay kepada abi. Dah muaklah tu dengar abi membebel dari tadi. Alah biasalah, pengetua. Mana tak bisingnya.

"Dah pergilah gerak. Nanti lambat pula. " Kata umi.

Kami salam dan peluk mereka berdua. Sayu itu tetap ada. Manalah tahu, ini kali terakhir aku dapat lihat mereka? Kun fayakun! Tapi dalam asa yang sama, aku doa supaya umur kami di panjangnya.

"Jaga diri dekat sana Aira, Hanna. " Satu lagi pesanan daripada abang Haffiz. Dia ikut dari tadi tapi baru ini aku dengar suara dia bercakap dengam kami. Dalam kereta tadi cuma dengar dia menghafaz sahaja.

"Okey abang. Abang nak apa-apa tak? Nanti Hanna boleh belikan. "

Kalau ikutkan, memang Hanna kelihatan lebih selesa dengan abang Haffiz. Tidak macam aku. Sebab aku rasa abang Haffiz ni macam terlalu pendiam. Maklumlah, aku ni banyak mulut.

"Cukuplah adik-adik abang ni selamat pergi, selamat balik. " Sejuk aku dengar apa yang dipinta abang Haffiz. Rasa bertuah pula aku jadi adik dia.

Kami bertiga sudah meninggalkan keluarga. Berdebar aku mahu berjalan jauh. Beribu batu dari negara sendiri. Tiba-tiba mindaku terimbas semasa aku sambung belajar di Korea Selatan bersama Dayyan dahulu.

Aku ambil tempat di dalam kapal terbang. Aku duduk di hujung bersebelahan dengan tingkap. Untuk kedua kali, bye Malaysia.

JAUH [C]Where stories live. Discover now