-13-

485 22 0
                                    


Hanna pulang ke rumah seawal 8 pagi. Tidak mahu berlama-lama di rumah agam itu. Segan rasa dirinya.
Namun, perasaan tidak enak muncul apabila terlihat kereta proton Waja dihalaman rumahnya. Bala apa pulaklah yang akan dia dapat harini. Hanna berdoa agar dirinya selamat. Tapi, macam tipis aje untuk dia selamat.

Hanna nampak maknya yang sedang bercekak pinggang. Jantungnya berdebar bukan main. Kata maknya mahu pulang esok, tapi kenapa harini dah terpacak depan pintu? Tawakkal ajelah Hanna.

"Mana pergi malam tadi?" Tanya Puan Adilah sinis.

"Ma.. Mak, lama dah mak balik? " Soal Hanna getar. Tangannya disua untuk bersalam dengan Puan Adilah namun tidak disahut. Hanna tarik semula tangannya ke sisi.

"Lama. Lama sangat dah aku tunggu kau dalam rumah ni. Kau pergi mana hah? Merayap mana kau ? Amboi, mentang-mentang aku dengan bapak kau tak ada, kau buat onar ye?!! " Puan Adilah menengking kuat. Tudung Hanna ditarik ke belakang bersama rambutnya.

"Hanna minta maaf mak. Hanna minta maaf. " Ucap Hanna. Perit rambutnya ditarik diabaikan. Bukan dia tidak biasa kena sebegitu. Dah lali dengan kesakitan yang sering menimpanya.

"Eh, kau kalau tak buat aku naik angin tak boleh ye? " Badan Hanna ditolaknya ke lantai.

Sesenang itu dia mencampakkan Hanna. Hanna hanya menangis. Mengenangkan Puan Adilah ibunya, dia hanya mampu berserah. Dia sedar, sakit melahirkan lebih perit dari apa yang dilaluinya sekarang.

"Aku dah bagi kau kerja tapi kau buat onar jugak! Kau pergi mana malam tadi? Berkepit dengan jantan mana?! " Suara bagaikan halilintar itu hanya dapat Hanna dengar. Tak dapat nak membalas sepatah pun. Dia dah berjanji dengan dirinya untuk tidak beritahu keberadaan Kak Aira.

"Aku tanya, kau janganlah buat pekak aje! Aku tanya kau ni! Bukan tanya dengan tunggul! " Badan Hanna sekali lagi ditolak. Perit kepalanya apabila terhantuk kuat pada dinding rumah.

"Haa... Hanna temankan kawan Hanna mak. " Jawab Hanna sambil menangis. Saat ini, dia amat memerlukan kak Aira untuk memberi semangat kepadanya.

"Teman kawan? Kawan kau tu laki ke perempuan? Engkau ni bukan boleh percaya. " Sinis suara Puan Adilah menyindir Hanna.

"Perempuan mak. Hanna tak buat benda bukan-bukan! "

"Aku tak nak dengar apa, kau pergi buat kerja rumah! Masak. " Puan Adilah meninggalkan Hanna keseorangan.

Hanna menangis. Bagaimana dia mahu bercerita kepada Kak Aira tentang emaknya? Tengok ajelah bagaimana dia dihukum kerana tidak pulang. Kepala Hanna yang berdenyut tak dihiraukan. Dia bangun untuk membuat sarapan. Kasihan juga pada maknya yang mungkin sedari semalam tidak menjamah. Berbekalkan kata-kata semangat yang dibisikkan Kak Aira dahulu, itulah yang menjadi penguat Hanna untuk terus hidup hari ini.


****


Aku perhati bilikku. Kosong. Bosan pulak tiada Hanna. Walhal baru kelmarin berjumpa. Tapi bila tiada terasa pulak bosannya.

"Ma, boleh tak Dhi nak keluar hari ni? " Tanyaku. Kematu otak aku duduk rumah hari-hari. Bosan tak hingat!

"Dhi nak keluar dengan siapa? " Haih mama ni, risaulah tu aku keluar sorang-sorang. Macamlah kita ni kecik lagi.


"Hmm, sorang mungkin? Kenapa? Mama tak izinkan?"

"Mama tak izinkan. Kecuali berteman. Ajak Dayyan. Dia pun bukan buat apa dalam rumah ni. Terperap macam anak dara! "

Kehkeh.. Mama dah mengata Dayyan.Tapi ma, mana best ma kalau ada Yan! Semua Dhi buat semua tak kena.Otak dia aje yang betul!

JAUH [C]Where stories live. Discover now