"Dayyan! "Aku terkelu dengan kata-kata yang meluncur laju dari mulut Dayyan. Adakah ini pengakhiran cerita aku dengan dia? Adakah ini bermaksud kedukaan aku memang tidak akan ada kesudahan?
"Dayyan, fikir betul-betul. Perkahwinan kamu ni baru setahun jagung. Takkan nak musnahkan macam tu aje nak? " Suara sayu mama itu buat aku bertambah sedih. Kuat Aira!
"Aira seyuju. "
"Aira! Kenapa kamu berdua ni? "
"Aira setuju mama, papa. Aira pun dah tak sanggup dah nak... " Aku pandang Dayyan. Sudah tiba ke masanya? Dan Dayyan datang kearahku. Ubunku diciumnya lembut. Senyuman manis di hadiahkan padaku.
"Ma, pa. Kami dah tak sanggup nak berlakon lagi. Mama, Happy birthday! " Ujar Dayyan dengan senyuman yang semakin lebar.
Aku turut tergelak bersama Dayyan apabila melihat reaksi mama dan papa yang sudah tercengang. Hah, habislah! Lepasni konfem kena bebel dengan mereka berdua.
Ahh, bukan idea kami. Ini semua idea abang Dinie. Tapi memandangkan dia tiada buah hati, terpaksalah aku dengan Dayyan jadi pelakon dalam dramanya.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to mama, happy birthday to you. " Dinie dari luar masuk bersama kek di tangannya. Along dan keluarganya turut mengambil langkah masuk ke dalam rumah.
Dayyan yang sedang peluk bahuku aku pandang dan senyum. High five aku layangkan dan dia menyambut. Mission complished! Aku rasa gimik kami tadi terlebih menjadi. Sampai mama pun dah nak menangis.
"Astaghfirullahalazim Dayyan! Aira! Allahuakbar budak-budak ni. Tak baiklah buat mama dengan papa macam tu. Mama ingat betul-betullah kamu berdua nak berpisah. Hish! " Mama sudah mula membebel. Kan? Siapa ajalah yang tidak bengang!
"I'm so sorry mama, papa. This is not my idea. You can ask my brother. " Mata Dayyan melirih kepada Dinie yang sedang tertawa.
"Happy birthday my queen. " Dunie menghampiri mama dan kedua-dua pipi tua itu dikucupnya. Indah!
"Banyaklah happy birthday! Kamu ni Dinie. Buat mama risau aja tau ! Nak prank pun agaklah. Mama ni sudahlah dah tua. "
"Ehh, siapa kata mama dah tua? Mama muda jelita lagi tau. Kan pa? " Along pula menyampuk kali ini.
"Banyaklah along! Along pun sama ye bersubahat. " Nampaknya marah mama masih belum reda.
"Ma, doakan kami baik-baik aja ye. insyaallah kami akan jaga hubungan halal ni. Don't worry okey my queen? " Dayyan berkata sambil tangannya memegang erat tangan mama.
Saat ini, aku seakan inginkan pelukan umi. Pelukan hangat seorang wanita yang hebat, yang kuat, yang indah, yang tiada gantinya, yang kami gelarnya sebagai ibu, umi, mama, mak, mummy.
Tanpa sedar, air mata aku mula mengalir hangat membasahi pipi yang kekeringan. Perasaan bercampur-baur saat ini. Gembira, sedih, bahagia. Semualah. Dan saat ini juga mindaku terfikir, berpeluangkah aku untuk menjadi ibu? Berpeluangkah aku untuk mewujudkan syurga ditelapak kakiku? Berpeluangkah aku untuk merasai saat-saat perutku bulat membesar?
"Hei, kenapa sayang pula yang nangis beria ni? " Suara Dayyan buat aku sedar.
Ah, merapu apakah aku tadi? Mempunyai anak? Bersama Dayyan? Mahukah Dayyan? Selama ini tidur sekatil, tapi belum pernah Dayyan meminta atau memberi nafkah yang satu itu.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...