EPILOG

1.4K 42 3
                                    

2 TAHUN KEMUDIAN

"Sayang, pergi mana? Twin menangis tau. Penatlah bi nak jaga. " Aku dari bawah sudah dengar suara rungutan Dayyan yang sedang mendokong anak kembar kami.

Haih, aku baru turun sekejap nak makan dah bising. Bukannya tak boleh nak jaga sekejap.

"Isy bi ni. Sekejaplah. Orang nak makan kejap je. Jagakan twin sekejap. " Rungutku.

Dayyan dekati aku bersama dengan anak kembar kami. Sengehan nakal sudah jelas terpapar di bibirnya.

"Bi nak makan juga. Lapar. " Rengeknya.

Alah, gedik betul!

"Bi, kejaplah. Nak makan pun tak boleh. Jagakanlah kejap diorang tu. Buat anak tahu. Jaga malas. Apa punya bapaklah pemalas. Heh! "

Mati terus senyuman Dayyan. Hambek! Gatal tak sudah. Tapi suruh jaga anak kejap pun dah merungut.

"Yelah. Babies, kita pergi main okey? Umi tak nak kasi kita makan sama-sama. But it's okay babies, babah ada for you guys. Let us!" Dayyan sudah mengambil langkah mahu meninggalkan dapur.

Ei orang tua ni. Merajuk ajelah tahu!

"Biiii.. Okay, okay. Let's eat together okay? Let me feed you. Come. Alololo.. Bi kita majok! Meh sini umi suapkan. " Pujukku. Gedik? Biarlah. Dayyan sudah biasa dengan perangai gedikku ini.

Terus muncul senyuman pada bibir Dayyan. Sukalah tu kena pujuk. Ceh!

"Bi, fvuuuuu is coming! Open your mouth. Fvuuu fvuuu nak masuk. " Bubur nasi di dalam sudu aku jadikan seperti kapal terbang mahu mendarat. Dayyan hanya mengikut permainanku. Mulutnya dibuka luas. Dan..

"Aumm... Sedapnya! "Ujarku gembira bila bubur tadi masuk ke dalam mulutku.

Hahaha, cemberut sudah wajah Dayyan.

"Sayang! Main-main ye! Hmm. "Kepalanya diajukan kemukaku. Aisyyy dia ni!

"Okay, nah makan! Meh my babies. " Aku ambil kembar dari tangannya.

"Makan sendiri lagi! " Rungutan Dayyan dapat ku dengar. Tergelak sahaja aku.

30 minit kemudian, Dayyan datang ke ruang tamu. Tersenyum sahaja aku bila tangannya melingkar dibahu. Kepala aku sandarkan pada bahunya.

"Sayang kata nak pergi kubur? Nak pergi pukul berapa? "Soal Dayyan.

"Petanglah. Dalam pukul 5 ke. "

"Mari sini Fatheema kat bi. "

Aku hulurkan Fatheema pada Dayyan. Tapi apa yang aku tak puas hati, senyuman Fatheema semakin melebar saat dia di dalam dakapan Dayyan.

"Fatheema! Suka ye babah dukung dia?"

Seakan mengerti, Fatheema hanya tertawa kecil menampakkan gusi merahnya.

"Bi, i'm happy right now! " Dayyan aku pandang. Kacak macam selalu!

"Me to. Hadir pula kembar ni. I'm very happy. Thanks. " Dahiku Dayyan kucup. Hangat!

Ya, aku sangat gembira. Telah bertahun aku menunggu perlajanan jauhku sampai, dan aku harap ini penamatnya. Peritku dahulu sudah lama aku tinggalkan. Biarlah. Aku tak mahu ia jadi kenangan. Kerana ianya sangat pahit!

JAUH [C]Where stories live. Discover now