Dayyan termenung memandang kolam. Otaknya keawangan memikirkan sesuatu."Hey anak mama ni, termenung apa? Amboi. " Teguran lembut mamanya membuat Dayyan tersedar.
Dayyan tersenyum.
"Ma, Yan ingat nak sambung ambik masterlah. " Dayyan mengujarkan pendapatnya untuk sambung belajar.
"Yan, papa kan tak bagi. Papa tu dah tua Yan. Siapa nak ambik alih syarikat besar tu. "
"Ma, abangkan ada. Papa naikkan jelah pangkat abang tu. Lagipun Yan bukan buat apa-apa pun. " Dayyan mengeluh.
Hampir setahun dia tak buat apa-apa. Selok-belok pejabat pun dah habis dia pelajari.
"Abang taknak! " Sampuk Dinie.
Dayyan mendengus. Baginya sekarang semua orang selfish!
"Tak lama pun master tu. Abang boleh sampai phd, kaklong sampai master. Takkan Yan ijazah je? Its not fair! Bukannya Yan tak pandai! "Dayyan mula memberontak.
"Whatever. Apa abang tahu, abang taknak urus syarikat besar tu. Cawangan abang dekat Shah alam. Tu je. " Kata-kata itu tanda muktamad. Dinie terus terjun kedalam kolam renang. Malas nak layan adiknya.
Dayyan melangkah masuk. Tak faham kenapa semua tak bagi dia sambung belajar.
Akibat marah yang terlampau, kakinya tersadung di anak tangga pertama. Hidungnya berdarah kerana terhentak kuat di anak tangga keempat.
Dhiyyan yang ternampak segera berlari kearahnya dengan niat ingin membantu.
"Okey tak? Hidung tu berdarah. " Dhiyyan memegang lengan Dayyan ingin membantu lelaki itu bangun.
"Lepaslah! " Dayyan menolak Dhiyyan kuat.
"Tak tahu hukum ke?! Kau bukan adik beradik aku pon! " Dayyan menengking Dhiyyan yang sudah jatuh terduduk.
Dayyan mengelap darah dengan kasar dan kakinya segera berlari naik keatas.
"Aduh, sakit buntut aku. Tak guna punya putera. Niat baik dipandang haram. Berlapik kot. " Dhiyyan membebel sendiri. Sengal dipunggungnya masih tidak hilang.
Kakinya melangkah kearah Datin Uzaina.
"Mama, kenapa dengan Dayyan tu? " Soalnya.
"Dia nak sambung... "
"Tak payah nak cerita masalah ni dekat orang luar! " Sampung Dayyan yang baru turun untuk mengambil ais.
Air muka Dhiyyan berubah. Dia bukan nak menyibuk pun. Cuma pelik dengan muka cemberut abang angkatnya itu.
"Ish, puakanya mulut! " Dinie menjeling adiknya.
"Dinie mulut! " Tegur Datin Uzaina.
"Ma, mulut dia melampau sangat. Kata-kata tu jagalah sikit. "
"Eh, biarlah dia. Tengah stress lah tu. Biasalah lelaki. " Dhiyyan menghalang ammarah Dinie. Tak mahulah sebab dia berantakan pulak keluarga ini.
"Ma, nanti mama tengokkan Dayyan tu. Dhiyyan risau. " Ujarnya. Takut juga apa-apa yang teruk terjadi pada hidung abangny itu.
"Mama naik ataslah pujuk dia. Kesian pulak. "
Datin Uzaina melangkah ke bilik anak bongsunya.
"Dhi! " Dinie memanggil Dhiyyan.
Dhiyyan hanya memandang dan menjongketkan keningnya tanda menanya.
"Sini kejap. "
Dhiyyan melangkah kearah Dinis yang berada di dalam kolam.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...